KBS MYLADIES PUBGM CHAMPIONSHIP 2022

BUKU SYARAT DAN PERATURAN

PLAYERUNKOWN’S BATTLEGROUNDS (MOBILE)


Peraturan boleh/akan diubah/ditambah baik untuk kejohanan ini bagi memastikan integriti kejohanan dikekalkan, dan untuk memastikan persekitaran kejohanan yang adil bagi semua pemain yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini

Notis penting :

- Bermula Circuit ke-3 & 4, kami akan mansuhkan screen rekod INTRO & OUTRO,

- Justeru, pemain-pemain (SEMUA), perlu rekod semasa pemain bermain dengan menggunakan second device dan muat naik di Google Drive yang kami sediakan.

Format 

  • Kejohanan ini terdiri kepada 2 kategori iaitu BERPASUKAN (SQUAD) & BERSENDIRIAN (SOLO).
  • Terbuka kepada 128 pasukan (KATEGORI SQUAD) dan 128 pemain (KATEGORI SOLO) bagi setiap circuit.
  • Penyertaan untuk KATEGORI SQUAD terdiri daripada 4 atau 5 (1 pemain gantian).
  • Penyertaan untuk KATEGORI SOLO terdiri daripada 1 pemain sahaja.
  • Terdapat 4 CIRCUIT untuk kejohanan bagi kedua-dua kategori. Untuk Kategori Squad, 3 pasukan teratas setiap circuit akan layak ke peringkat AKHIR secara luar talian/offline. Untuk kategori SOLO pula, 16 pasukan teratas setiap circuit akan layak ke peringkat AKHIR secara luar talian/offline.
  • Mod Third Person Perspective (TPP).
  • Hanya telefon pintar iOS dan Android yang dibenarkan. Tidak ada emulator atau tablet yang akan digunakan untuk kejohanan ini.
  • Aksesori tambahan SELAIN kabel USB, powerbank dan headphone/headset/earphone adalah tidak dibenarkan sepanjang kejohanan sedang berlangsung.
  • Kejohanan ini akan dijalankan secara atas talian/online bagi peringkat kelayakan dan secara luar talian/offline bagi peringkat AKHIR (Lokasi : HOMEBOIS PITSTOP, PETALING JAYA).
  • 3 pasukan teratas (SQUAD) dan 16 peserta teratas (SOLO) yang layak ke peringkat AKHIR secara luar talian/offline adalah tidak dibenarkan bertanding untuk CIRCUIT seterusnya.

Tarikh Kejohanan

  • Kategori Solo & Squad (Atas talian/online)
  • Circuit 1 : 27 & 28 Ogos 2022
  • Circuit 2 : 3 & 4 September 2022
  • Circuit 3 : 10 & 11 September 2022
  • Circuit 4 : 17 & 18 September 2022
  • Grand Final (Luar talian/offline) - 24 & 25 September 2022

Pihak penganjur berhak mengubah tarikh-tarikh kejohanan tanpa notis awal kepada pemain.

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia dan terbuka kepada pemain WANITA sahaja.
  • Tiada had umur pemain. Bagi pemain yang berumur 18 tahun dan ke bawah, pemain perlu mengisi BORANG KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA.
  • Pemain tidak dibenarkan mendaftar lebih dari satu pasukan untuk kategori SQUAD. Mereka yang ditangkap melakukannya akan hilang kelayakan untuk bertanding. Namun begitu, pemain dibenarkan untuk mendaftar bagi kedua-dua kategori SQUAD dan SOLO.
  • Pemain yang hadir untuk perlawanan luar talian juga wajib lengkap 2 dos vaksinasi.

Pendaftaran

  • Pendaftaran untuk Circuit 1 dibuka pada 15 Ogos 2022. Dan ditutup apabila pendaftaran penuh atau pada 23 Ogos 2022 atau yang mana mana dahulu.
  • Pendaftaran setiap circuit akan dibuat secara berperingkat. Ikuti laman sosial media kami untuk maklumat lanjut (Ladies PUBG Mobile MY)
  • Ketua pasukan atau wakil pasukan akan membuat pendaftaran untuk yang lain.
  • Maklumat pasukan tidak boleh diubah setelah tempoh pendaftaran ditutup (IGN, pemain).
  • Nama dan Logo Pasukan tidak boleh mengandungi frasa, atau unsur yang menyinggung perasaan, kasar atau tidak sesuai. Ini mungkin juga tidak mengandungi unsur korporat, atau harta intelek tanpa persetujuan terlebih dahulu daripada Penganjur. Untuk mendapatkan persetujuan, pasukan harus menunjukkan dokumen sokongan yang menunjukkan bahawa mereka mempunyai kebenaran untuk menggunakan elemen tersebut untuk pasukan mereka.

Komunikasi

  • Segala komunikasi antara pengurus pertandingan dengan pemain adalah melalui DISCORD sahaja.

Pendaftaran peserta (Luar Talian/Offline)

  • Perbelanjaan ke tempat pertandingan adalah tanggungan peserta sendiri.
  • Pasukan dijangka bersedia di kawasan kejohanan kira-kira 60 minit sebelum masa yang ditetapkan.
  • Ketua Pasukan atau wakil pasukan dikehendaki hadir di kaunter pendaftaran untuk mengesahkan kehadiran pasukan dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Pasukan mesti mendaftar masuk dalam tempoh daftar masuk sebelum kejohanan bermula. Pasukan yang tidak pernah muncul atau hilang selepas daftar masuk juga akan dibatalkan kelayakan.
  • Hanya pemain yang berdaftar dibenarkan memasuki kawasan acara.
  • Semua pemain perlu imbas kehadiran melalui aplikasi MySejahtera.
  • Pakaian : Pemain dikehendaki memakai baju yang kemas, seluar panjang dan kasut tertutup.
  • SOP Covid-19 : Pemain dikehendaki memakai topeng muka berganda, menggunakan sanitizer dan mengekalkan penjarakan sosial semasa kejohanan.
  • Peranti : Setiap pemain mesti membawa peranti sendiri seperti pengecas peranti, kabel pengecas, kuota internet yang mencukupi dan stabil untuk persediaan sebelum dan semasa kejohanan. Pemain perlu bertanggungjawab ke atas internet mereka.

Pentadbiran & Pengumuman

  • Sesiapa sahaja yang diberi kuasa oleh JAWATANKUASA untuk mengawal selia pertandingan mengikut syarat dan peraturan akan dipanggil “marshall” atau “pengadil” dalam perkara berikut,

Komitmen

  • Dengan menghadiri pertandingan ini peserta mengakui untuk mematuhi syarat dan peraturan, pengumuman rasmi dan kenyataan serta keputusan dibuat oleh pengadil.
  • Setiap peserta mengakui hak bagi pihak pentadbiran untuk menukar syarat dan peraturan bagi tujuan pelarasan pada bila-bila masa tanpa notis.
  • Mana mana pasukan yang menarik diri ketika kejohanan masih berlangsung tanpa mengemukakan sebab rasmi di atas penarikan pasukan tersebut, akan dikenakan tindakan banned dari menyertai kejohanan ini.

Sila ikuti prosedur daftar masuk seperti yang digariskan oleh penganjur.

Pasukan yang tidak mendaftar masuk dalam waktu yang ditentukan akan dibatalkan penyertaan mereka.

Sistem Pemarkahan

  • Pemarkahan untuk setiap pertandingan akan berdasarkan pada hitungan akhir setiap pasukan dan penempatan dalam permainan seperti yang dinyatakan di bawah.
  • Kategori SQUAD.

Tournament (Squad) Scoring System

Kill Points

1 per Kill

Endgame Placement Points

Placement

Points

Placement

Points

1st Place

15

9th Place

1

2nd Place

12

10th Place

1

3rd Place

10

11th Place

1

4th Place

8

12th Place

1

5th Place

6

13th Place

0

6th Place

4

14th Place

0

7th Place

2

15th Place

0

8th Place

1

16th Place

0

  • Kategori SOLO.

Tournament (Solo) Scoring System

Kill Points

1 per Kill

Endgame Placement Points

Placement

Points

Placement

Points

1st Place

20

12th - 13th Place

8

2nd Place

17

14th - 15th Place

7

3rd Place

16

16th - 18th Place

6

4th Place

15

19th - 21th Place

5

5th Place

14

22nd - 24th Place

4

6th Place

13

25th - 27th Place

3

7th Place

12

28th - 31st Place

2

8th - 9th Place

10

32nd - 48thPlace

1

10th - 11th Place

9

48th - 80th Place

0

Tie Breaker

  • Sekiranya dua atau lebih pasukan yang berbeza dalam kumpulan yang sama mempunyai jumlah mata yang sama dan kedudukan tidak dapat ditentukan, prosedur tie breaker akan dijalankan mengikut turutan dibawah:
  1. Pasukan dengan jumlah chicken dinner yang lebih banyak
  2. Pasukan dengan jumlah placement point yang lebih tinggi
  3. Pasukan dengan jumlah kill yang lebih tinggi.
  4. Pasukan dengan placement yang lebih tinggi di pusingan akhir

Format Pertandingan

  • Format Umum
  • Peta: Erangel, Miramar, Sanhok
  • Mode perlawanan: TPP
  • Saiz Pasukan (Kategori Squad): 4 pemain
  • Saiz Pemain (Kategori Solo): 1 pemain
  • Bilangan pasukan di dalam setiap kumpulan yang akan bertanding adalah bergantung kepada bilangan pasukan terkumpul yang telah berdaftar.
  • Pemain wajib untuk membuat rakaman skrin (INTRO dan OUTRO) ketika di dalam perlawanan. Gagal berbuat demikian, kami akan mengenakan PENALTI kepada pasukan tersebut.
  • Berikut merupakan PENALTI sekiranya gagal menyerahkan rakaman skrin (INTRO & OUTRO)
  • Kesalahan pertama (Mata kedudukan dan mata bunuh bagi pusingan itu tidak akan dikira).
  • Kesalahan kedua (Demerit 30 mata)
  • Kesalahan ketiga (Tersingkir dari kejohanan)

Syarat Rematch

  • Berikut adalah kes-kes di mana rematch dapat dibuat..
  • Penganjur boleh memutuskan untuk rematch jika perkara berikut berlaku:
  • Situasi di mana pengadil berpendapat bahawa terdapat persekitaran permainan yang tidak adil.
  • Situasi di mana pengadil memutuskan bahawa permainan tidak dapat diteruskan secara normal kerana kesulitan teknikal. Pengecualian termasuk kesalahan peribadi dan kecuaian pemain.
  • Situasi di mana permainan berhenti atau freeze di skrin pemuatan tidak dapat bergerak untuk 10% dari jumlah pemain.
  • Situasi di mana 10% atau lebih pemain mungkin tidak dapat bermain kerana bug dalam permainan yang tidak disengajakan dalam 3 minit pertama.
  • Situasi di mana 10% pemain tidak dapat menyambung ke permainan ketika perlawanan dimulakan (Online).

Syarat untuk rematch adalah sah untuk 3 minit pertama permainan atau sebelum ada kill. Video bug yang dialami oleh pemain perlu diserahkan kepada marshall dalam masa 3 minit untuk permintaan rematch.

Situasi atau scenario yang tidak sah untuk rematch

  • Pemain tidak memuat turun peta untuk perlawanan dan diusir dari lobi.
  • Pemain mengalami mic/parachute bug.
  • Pemain tidak memasuki room kerana kelewatan.
  • Masalah Internet pemain. Pemain bertanggung jawab sepenuhnya untuk sambungan Internet mereka sendiri, dan diharapkan membuat persiapan yang sewajarnya untuk memastikan bahawa Internet mereka stabil semasa Kejohanan.

Larangan

  • Menipu adalah dilarang. Sebarang pengubahsuaian permainan PUBG MOBILE oleh mana-mana pemain, pasukan adalah dilarang. Penggunaan sebarang jenis alat penipuan atau program menipu, atau kaedah penipuan seperti peranti isyarat, perisian pemicu / pencetus, isyarat tangan dan lain-lain akan dianggap menipu.
  • Pemain boleh menghantar laporan sekiranya terdapat pasukan yang menipu dengan bukti kukuh, yang merupakan bukti video.
  • Sengaja menggunakan bug dalam permainan untuk mencari kelebihan dengan mengeksploitasi bug adalah dilarang. Mengeksploitasi merangkumi tindakan seperti memanfaatkan fungsi permainan, berdasarkan penentuan Tournament Organizer, tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya dan melanggar tujuan reka bentuk PUBG MOBILE.
  • Flare Gun adalah dilarang sama sekali untuk digunakan. Demerit 10 mata akan dikenakan kepada mana mana pasukan yang melanggar arahan ini
  • Tidak dibenarkan bertanding kurang daripada 3 pemain. Jika didapati pemain bawah dari 3 orang, admin/host berhak untuk menolak penyertaan pasukan untuk bertanding
  • Hanya IGN dan ID berdaftar sahaja dibenarkan masuk ke dalam permainan. Mana-mana pasukan yang didapati melanggar peraturan ini, pasukan tersebut akan hilang mata pemarkahan atau disingkirkan dari bertanding
  • Kegagalan pasukan untuk masuk kedalam salah satu pusingan boleh menyebabkan pasukan itu kehilangan kelayakan untuk bertanding berdasarkan budi bicara pihak penganjur.
  • Mana-mana pasukan yang didapati gagal untuk menyertai dalam mana-mana pusingan tanpa tunjuk sebab yang munasabah, atas budi bicara pihak penganjur boleh dikenakan hukuman :
  • Ditarik kelayakan bertanding,
  • Dibekukan dari menyertai pertandingan di bawah kelolaan pihak penganjur di masa hadapan,
  • Atau, kedua-duanya sekali.

Bergantung pada tahap pelanggaran peraturan, hukuman ini dapat dikenakan

  • Potongan Mata
  • Perampasan Mata Perlawanan
  • Hilang Kelayakan Pemain / Pasukan
  • Pelucutan Hadiah
  • Larangan Bermain Pada Pemain / Pasukan

Prosedur Luar Talian/Offline (Sebelum Perlawanan)

  • Pastikan semua pemain bersedia di tempat kejohanan.
  • Pemain disarankan untuk sarapan pagi terlebih dahulu sebelum bergerak ke tempat kejohanan.
  • Semak sama ada semua peranti dan akaun adalah teratur.
  • Pastikan semua penempatan tempat duduk pemain adalah betul.
  • Maklumkan kepada Krew sekiranya mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan.

Prosedur Luar Talian/Offline (Semasa Perlawanan)

  • Sebaik sahaja ID dan kata laluan lobi diumumkan, sila segera masuk ke dalam lobby.
  • Setelah kesemua 4 pemain berada dalam slot pasukan yang betul, maklumkan kepada Krew yang bertanggungjawab untuk pengesahan.
  • Setelah Krew telah mengesahkan bahawa pemain telah memasuki lobi dan slot pasukan yang betul, pemain hendaklah kekal di slot tersebut sehingga permainan bermula.
  • Jika pemain ditendang keluar dari lobi kerana tidak aktif, laporkan kepada Krew dalam masa 3 minit selepas berlepas dari “Spawn Island”.
  • Jika pemain mengalami bug parachute dan mati, laporkan kepada Krew dalam masa 3 minit selepas berlepas dari “Spawn Island”. Sekiranya masih hidup, permainan diteruskan seperti biasa.
  • Tetap di tempat duduk pasukan dan maklumkan kepada Krew sekiranya mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan.

Prosedur Luar Talian/Offline (Selepas Perlawanan)

  • Setiap pasukan dikehendaki membuat tangkapan skrin keputusan akhir permainan untuk data sandaran.
  • Pastikan tahap bateri peranti pemain masih dalam tahap yang boleh digunakan.
  • Terus bersedia untuk perlawanan seterusnya.

Tingkah Laku Dan Semangat Kesukanan

Setiap pasukan perlu mematuhi semua tingkah laku dan semangat kesukanan semasa kejohanan atas talian mahupun luar talian seperti yang digariskan oleh pihak penganjur :

  • Tunjukkan rasa hormat kepada semua yang terlibat dalam kejohanan. Ini termasuk, pemain, Krew/Marshall dan pihak penganjur.
  • Sentiasa menunjukkan integriti semasa bermain dalam setiap kejohanan, jujur ​​dan bermain adil.
  • Dilarang menggunakan sebarang bahasa yang mendiskriminasi, termasuk mana-mana bahasa berkenaan etnik, kewarganegaraan, bangsa, jantina, agama, orientasi seksual atau kepercayaan peribadi.
  • Dilarang menggunakan apa-apa bahasa kasar yang melampau, seperti kata-kata kotor atau bahasa yang secara grafiknya berunsur seksual, aneh atau ganas.
  • Dilarang mengganggu, mengintai atau melakukan sesuatu dengan sengaja untuk membuat orang lain berasa tidak selesa atau terancam.
  • Dilarang berkongsi maklumat peribadi tentang diri anda atau individu lain.
  • Dilarang melibatkan diri dalam, meminta, mengatur atau menawarkan aktiviti atau bahan yang menyalahi undang-undang.
  • Dilarang menyamar sebagai individu lain.
  • Dilarang spam, sama ada dalam teks atau suara.
  • Dilarang berkongsi akaun anda, akaun anda adalah untuk kegunaan anda dan kegunaan anda sahaja. Jangan berikan akses kepada akaun anda kepada orang lain dan jangan akses akaun orang lain, walaupun dengan kebenaran mereka.

Penalti/Hukuman Kesalahan

Klasifikasi

Keterangan

Penalti

Pelanggaran peraturan

Kegagalan untuk mematuhi standard peraturan : KBS MYLADIES PUBGM CHAMPIONSHIP 2022

Amaran

Kelewatan

Kegagalan untuk mengambil tempat  pada masa yang ditetapkan oleh Marshall atau masuk ke lobi

Amaran

Penamatan permainan secara sengaja

Secara sengaja tidak mengambil bahagian dalam salah satu perlawanan

Hilang kelayakan

Keganasan dan jenayah

Keganasan, tindakan seksual atau gangguan yang mungkin menyinggung perasaan orang lain

Hilang kelayakan (akan digantung)

Pemain palsu

Mempercayakan akaun anda kepada pemain lain untuk mengambil bahagian dalam permainan, tidak kira sama ada peserta diberi pampasan kewangan atau tidak

Hilang kelayakan (akan digantung)

Penggunaan program haram

Penggunaan dengan sengaja program yang menyalahi undang-undang dan tidak dibenarkan seperti penggodaman dan pepijat

Hilang kelayakan (akan digantung)

Penipuan

Tindakan memartabatkan prestasi permainan melalui tindakan yang tidak berkaitan dengan kemampuan pemain itu sendiri

Hilang kelayakan

Diskriminasi

Perkataan, tindakan atau perbuatan serupa yang menghina maruah individu atau kumpulan orang, seperti bangsa, negara, asal usul sosial atau jantina, atau mengandungi mesej yang menghina politik atau agama

Amaran berat dan boleh hilang kelayakan

Proses Pembayaran Hadiah

  • Semua pembayaran akan dipindahkan ke akaun bank atas Pemilik/Organisasi/Pengurusan seperti yang dimaklumkan kepada pihak penganjur.
  • Proses ini akan mengambil masa lebih kurang 120 hari bekerja dari tarikh akhir kejohanan.
  • Berikut merupakan jumlah hadiah :

  •  Penarikan Hadiah

Jika hadiah wang untuk pertandingan masih lagi tidak dibayar, pihak penganjur berhak untuk membatalkan wang hadiah tersebut jika mana-mana pasukan telah melanggar peraturan yang telah dinyatakan di dalam buku peraturan ini.

Prosedur laporan

  • Sekiranya pasukan mengesyaki pemain lain dari pasukan lain melanggar peraturan untuk kejohanan ini, mereka harus membuat laporan rasmi kepada penganjur dengan bukti sokongan agar siasatan dapat dijalankan.

Contoh bukti sokongan: video (untuk kes disyaki hack/cheat)

Perubahan peraturan dan undang-undang diatas

  • Pentadbir Kejohanan berhak untuk menolak mana-mana peraturan di atas. untuk mengelakkan pemain cuba menggunakan loophole dalam peraturan untuk mendapatkan kelebihan yang tidak adil.
  • Penganjur, mengikut budi bicara mereka, boleh mengubah mana-mana peraturan. Mereka mempunyai keputusan akhir mengenai apa sahaja mengenai kejohanan tersebut.

Maklumat penting

  • Program yang membantu mengurangkan ping tidak digalakkan kerana sistem akan melarang secara automatik.
  • Kecuali dinyatakan sebaliknya, kesalahan dan pelanggaran peraturan pertandingan ini boleh dihukum, sama ada kesalahan itu dilakukan secara sengaja atau tidak. Percubaan untuk melakukan kesalahan atau pelanggaran tersebut juga boleh dihukum. Ketetapan Penganjur Kejohanan mengenai tindakan tatatertib yang sesuai adalah muktamad.
  • Dokumen ini merangkumi peraturan kejohanan untuk PUBG MOBILE. Pemain diharap faham dan akur dengan perincian yang ditulis di sini. Penganjur berhak untuk meminda peraturan kejohanan berdasarkan keadaan tanpa pemberitahuan terlebih dahulu dan persetujuan pemain. Keputusan penganjur adalah mutlak.

Hak cipta

  • Semua visual dan bahan siaran langsung adalah hak penganjur kejohanan ini. (Para peserta adalah tidak digalakkan untuk melakukan siaran secara langsung sepanjang kejohanan ini berlangsung).

Notis Akhir

  • Dengan mengikuti KBS MYLADIES PUBGM CHAMPIONSHIP 2022, setiap pasukan sudah bersetuju untuk mengikuti dan menghormati sebarang keputusan dari PIHAK MARSHALL dan PIHAK PENGANJUR.