Teori Teleologi
•berasal dari perkataan Yunani - telos (akhir).
•Maksud - Tindakan yang betul ditentukan oleh jumlah kesan baik yang dapat dihasilkan daripada tindakan tersebut.
•Ia mengukur tindakan baik atau buruk dengan melihat hasil yang diperolehi.
•dua teori penting teleologi.
oTeori Utilitarianisme’
oTeori Egoisme
Teori Utilitarianisme
•Dua ahli falsafah yang menyatukan konsep ini
oJeremy Bentham (1748-1832)
oJohn Stuart Mill (1806-1873)
•Menurut Bentham - ia bermaksud pinsip yang membenarkan atau menolak tindakan.
oIa merujuk kepada tindakan sama ada ia;
•Pendekatan Bentham untuk mengukur kesan tindakan - Pengiraan kuantitatif (hedonistic calculus) yang bermaksud kesenangan
•Kritikan terhadap teori Bentham menyebabkan muncul John Stuart Mill (1863) memperkenalkan Konsep Utilitarianisme.
•Menurut Mill - ia adalah kepercayaan ataupun keimanan yang menerima pembentukan moral, utiliti atau “Greatest Happiness Principle.
oIa menilai sesuatu tindakan adalah betul apabila ianya meningkatkan keseronokan atau kegembiraan dan salah apabila ianya menghasilkan kesan sebaliknya.
•Konsep yang diperkenalkan oleh mill menyatakan bahawa darjah kesenangan adalah berbeza-beza antara setiap individu.
•Secara umumnya teori utilitarianisme ini boleh dibahagikan kepada empat prinsip seperti;
oConsequentalisme - Prinsip yang mengatakan bahawa sesuatu tindakan yang betul ditentukan oleh kesan
oHedonisme - Utiliti menurut prinsip ini ditakrifkan dengan kesenangan tanpa kesakitan atau kesengsaraan. Kesenangan adalah satu-satunya asas kepada kebaikan.
oMaximalisme - Tindakan yang betul adalah tindakan yang mempunyai kesan baik yang lebih banyak.
oUniversalisme - Sesuatu tindakan haruslah mengambil kira kesannya kepada setiap individu atau masyarakat secara keseluruhannya.
Teori Egoisme
•bermaksud - sesuatu tindakan adalah betul dengan melihat kepada kesan tindakan kepada individu.
•Contohnya apabila seseorang telah memilih untuk membelanjakan sejumlah untuk diri sendiri daripada mendermakan kepada tabung kebajikan.
•Maka Kepentingan diri lebih diutamakan daripada orang lain.
•Terdapat dua kategori utama Egoisme iaitu:
oEgoisme Secara Psikologi
oEgoisme Etikal
Egoisme Secara Psikologi
•Setiap orang sentiasa didorong oleh tindakan untuk kepentingan diri.
•teori ini menerangkan bahawa tidak kira apa alasan yang diberikan oleh seseorang, individu sebenarnya bertindak sedemikian semata-mata untuk memenuhi hasrat peribadi.
•Penyokong teori ini juga berpendapat - setiap orang yang menghulurkan bantuan kepada orang lain sebenarnya mempunyai tujuan untuk mempromosikan dirinya sendiri.
•Teori ini menafikan wujudnya nilai moral altruistic iaitu sikap menolong dan mengutamakan kepentingan diri insan lain lebih dari kepentingan diri sendiri.
•Dalam konteks perniagaan misalnya terdapat yang melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat (CSR)
Egoisme Etika
•Menegaskan bahawa kita tidak harus mengabaikan secara multak kepentingan orang lain tetapi kita patut mempertimbangkan apabila tindakan itu secara langsung membawakan kebaikkan kepada diri sendiri.
•Egoisme Etika adalah berbeza dengan prinsip-prinsip moral seperti Jujur, amanah dan bercakap benar.
•Ini kerana dalam Egoisme etika, sesuatu tindakan adalah didorong oleh kepentingan peribadi.