Tema: Badan Sihat Fikiran Cerdas
Kebaikan Aktiviti Sukan.
Aktiviti sukan memberikan kebaikan kepada kita. Bersukan dapat menanamkan nilai-nilai positif dalam diri kita. Selain itu, kita dapat menjaga kesihatan tubuh badan dengan menyertai kegiatan sukan.
Murid-murid sekolah hendaklah melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Tujuan kita bersukan bukan sahaja untuk menang di dalam sesuatu pertandingan. Kita bersukan supaya kita dapat mendisplinkan diri kita.
Kita juga dapat mengeratkan persahabatan dengan bersukan. Semangat kesukanan jika benar-benar difahami akan menjadikan diri kita lebih bertolak-ansur dan tidak cepat marah. Hal ini tentu akan dapat mengeratkan persahabatan dengan ahli pasukan yang lain.
Acara sukan memerlukan disiplin yang ketat. Jika kita mengikuti disiplin atau peraturan, kita akan dapat meningkatkan kebolehan kita. Lebih penting lagi, kita dapat menjadikan diri kita lebih berdisiplin dalam mematuhi arahan dan peraturan.
Akhir sekali, kita patutlah melakukan aktiviti sukan pada setiap hari. Apabila badan kita berpeluh, kita akan menjadi lebih cergas dan otak kita pun akan menjadi lebih cerdas. Rajin-rajinlah bersukan supaya kita sihat dan lebih berjaya.