Published using Google Docs
Cara Pantas Belajar Joomla 3.3 Siri 1
Updated automatically every 5 minutes

Cara Pantas Belajar Joomla 3.3 Siri 1

Panduan ini sesuai untuk mereka yang mahu mula belajar Joomla 3.3 secara pantas.

Panduan ini dibahagikan kepada dua bahagian:

Bahagian 1: Kaedah Offline (Tanpa sambungan Internet)

Bahagian 2: Kaedah Online (Dengan sambungan Internet)

Bahagian 1: Kaedah Offline

1.1) Download Pakej USBWJ33

Download dari, https://www.dropbox.com/s/8jbp1opf8k2nvqg/USBWJ33-installed.zip?dl=0 

Bagaimana saya buat pakej ini? (Untuk mereka yang ingin tahu sahaja)

1) Download USBWebserver 8.6 dari http://www.usbwebserver.net/en/download.php 

2) Download Joomla 3.3 dari http://www.joomla.org/download.html 

3) Ekstrak folder “Joomla_3.3.6-Stable-Full_Package” (dari langkah 2) dan namakannya joomla33

4) Ekstrak folder “USBWebserver v8.6” (dari langkah 1) dan namakannya USBWJ33.

5) Pindahkan USBWJ33 (dari langkah 4) ke Pemacu C (cth C:\USBWJ33)

6) Pindahkan joomla33 (dari langkah 3) ke dalam folder root di dalam USBWJ33 (cth C:\USBWJ33\root\joomla33 )

7) Hidupkan usbwebserver (cth C:\USBWJ33\usbwebserver.exe )

8) Buka PHPMyAdmin (tekan butang PHPMyAdmin pada USBW Control Panel)

9) Cipta database bernama “joomla33”

10) Buka laman joomla33 melalui URL localhost (cth http://localhost:8080/joomla33 )

11) Ikuti langkah-langkah pemasangan disediakan. Pilih sample data “Learn Joomla (English)”

Kalau mahu cuba sendiri, download file ini, https://www.dropbox.com/s/yaslmzcj0h50qen/USBWJ33.zip?dl=0 

1.2) Ekstrak kandungan ke Pemacu C

cth C:\USBWJ33

1.3) Hidupkan server

Double-click ikon usbwebserver dan perhatikan lampu hijau pada Apache dan Mysql.

Anda mungkin diminta “unblock” aplikasi Apache dan MySql.

1.4) Layari laman hadapan Joomla

cth http://localhost:8080/joomla33

Bahagian 2: Kaedah Online

2.1) Daftar dengan hosting percuma hostinger.my

layari http://www.hostinger.my dan klik Order Sekarang.

2.2) Daftar menggunakan akaun Google

Apabila anda melihat boring pendaftaran, cari butang Google.

2.3) Benarkan Hostinger mengakses akaun Google anda.

2.4) Anda akan di bawa ke laman Control Panel

2.5) Cipta akaun hosting baru

Pergi ke menu bar, klik Hosting, pilih + Akaun baru.

2.6) Order akaun percuma

Pilih akaun percuma dan klik butang Order.

2.7) Masukkan nama subdomain yang sesuai

2.8) Sahkan maklumat anda

2.9) Pendaftaran selesai

2.10) Pilih Pemasangan Automatik

2.11) Pilih Joomla

Taip perkataan Joomla dalam kotak carian.

Klik butang Joomla.

2.12) Isi borang pemasangan Joomla

2.13) Tunggu hingga proses selesai

catatan: proses ini mungkin mengambil masa antara 1 minit hingga berjam-jam! Harap bersabar.