LAPORAN MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH
SJK ( C ) JERLUN TAHUN 2015
PENDAHULUAN :
Sambutan Hari kemerdekaan Negara ke -58 yang bertemakan “MALAYSIA SEHATI SEJIWA “ telah diadakan pada 28 Ogos 2015 di peringkat sekolah. Ianya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep dan sejarah kemerdekaan Negara. Aktiviti ini juga dapat mewujudkan perpaduan di kalangan warga sekolah.
RASIONAL :
Menyemai semangat patriotisme di kalangan murid.
OBJEKTIF :
1. Meraikan Hari Kemerdekaan dengan cara yang positif.
2. Memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat seharian.
3. Memupuk sikap patriolisme dan cinta akan Negara di kalangan murid.
4. Memupuk semangat perpaduan di kalangan murid-murid dan warga sekolah.
SASARAN :
Kelas Prasekolah hingga Tahun 6
AKTIVITI YANG DIJALANKAN :
SJK(C) Jerlun telah melancarkan sambutan Hari Kemerdekaan pada 28 Ogos 2015 peringkat sekolah.Pelancaran kempen ini telah diadakan di dewan sekolah. Aktiviti yang telah dijalankan sempena sambutan tahun ini adalah seperti Pertandingan melukis dan mewarna ,persembahan mendeklamasi sajak ,pertunjukan koir dan Nyanyian Lagu Patriotik .
Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku . Seterusnya ucapan daripada Guru Besar, En.Loh Hong Neng. Guru Besar memberi penerangan tentang sejarah kemerdekaan negara. Selepas itu pembaca perutusan dan upacara ikrar dijalankan.Aktiviti seterusnya ialah persembahan mendeklamasi sajak ,persembahan koir dan nyanyian lagu patriotik oleh murid-murid sekolah .
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai.
Tarikh: 1 september 2015
Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :
…………………………. ………………………. ……………………
( NG BOEY KIANG )
AJK DOKUMENTASI
PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN
GAMBAR-GAMBAR MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN
SJK ( C ) JERLUN KUALA KANGSAR, PERAK 2015