PERMOHONAN PENGANJURAN PROGRAM / PROJEK / AKTIVITI FTKW
Setiap permohonan adalah tertakluk kepada Peraturan dan Kriteria seperti berikut:

1. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh sekurang-kurangnya 30 hari (1 Bulan) sebelum program dilaksanakan.

2. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian terlebih dahulu (untuk tujuan rekod) dan diikuti dengan serahan kertas kerja kepada pihak Urusetia (Penolong Pendaftar) bagi tujuan pengurusan lanjutan dan kelulusan dalam Mesyuarat Pengurusan.

3. Permohonan hendaklah mematuhi prosedur kewangan UMK dan Jabatan Perbendaharaan Malaysia yang berkuatkuasa.

4. Pemohon hendaklah membuat pembentangan bagi projek yang dicadangkan dalam Mesyuarat Pengurusan dan hanya permohonan yang telah dibuat secara "online' akan diproses untuk tujuan kelulusan dan perbincangan Mesyuarat Pengurusan.

5. Kelulusan Muktamad adalah tertakluk kepada budi bicara Dekan atau mana-mana pegawai yang telah diperturunkan kuasa oleh Dekan Fakulti secara bertulis berdasarkan Pekeliling Pentadbiran yang berkuatkuasa di UMK.

6. Mesyuarat Pengurusan BERHAK menolak atau tidak meluluskan atau menambahbaik permohonan penganjuran program / projek / aktiviti termasuk hal-hal berkaitan logistik, kewangan dan sebagainya berdasarkan keputusan mesyuarat.

7. Permohonan hendaklah menjurus kepada keperluan Akademik di FTKW.

8. TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DASAR DAN KEPERLUAN FAKULTI DAN UMK DARI MASA KE SEMASA.

STATUS PEMOHON
Next
Never submit passwords through Google Forms.
This form was created inside of Universiti Malaysia Kelantan. Report Abuse - Terms of Service - Additional Terms