Pengerusi : 019-8612758

Setiausaha : 012-8282037

Email:RTKSL.admin@Gmail.com

Web:http://myrtksl.wordpress.com


logort1_2
Ahli Jawatankuasa

Rukun Tetangga Flat Persekutuan Km. 5,

Jalan Kompleks Sukan Likas,

88400 KOTA KINABALU

 

 

En. Herman Bin Abd. Hamid                                                                      Rujukan Kami : RTKSL/SSUPS/1101               

Ketua Penolong Setiausaha Persekutuan Sabah.                            Rujukan Tuan :

Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah,                                           Tarikh              :3Hb. November 2009. 

Tingkat 7, Blok A,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,

88900 KOTA KINABALU.

 

U/P : En. Marcus Gonsiun.

 

Tuan.

 

MEMOHON MENGAMBIL ALIH STOR DI FLAT PERSEKUTUAN KM.5

 

Dengan segala hormatnya sukacita saya ingin menarik perhatian tuan kepada perkara di atas.

 

2.              Adalah dimaklumkan Jawatankuasa Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas (RT KSL) telah mengadakan mesyuarat pada 31 Hb. Oktober 2009 lalu, antara hasil mesyuarat tersebut adalah berkenaan perbincangan antara tuan dengan saya mengenai permohonan Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas untuk mendapatkan bilik kosong di Blok E menjadi Pejabat Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas.

 

3.              Antara objektif utama kami memohon tempat tersebut adalah untuk menempatkan fail - fail, harta milik RT KSL seperti komputer , printer, khemah, cangkul  dan bermacam – macam lagi bagi kegunaan majlis / program. Selain itu untuk menjadikan organisasi RT KSL yang berkhidmat untuk warga Flat Persekutuan ini  bergerak dengan lebih lancar, sistematik dan memudahkan Pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah, Pejabat JPNIN, warga komuniti dan Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga berhubung sesama kita dan sebagai `one stop centre` kepada kami khususnya dan semua pehak yang berurusan dengan kami amnya.

 

4.               Persetujuan dan kerjasama pehak tuan dalam hal ini adalah amat – amat kami hargai. Dan untuk makluman tuan, AJK RT KSL akan mengadakan gotong – royong membersih dan mengindahkan bilik tersebut pada 7 Hb. November 2009 ini dan kami berjanji akan menjaga kemudahan yang di beri ini dengan sebaik – baiknya, Insya Allah.

 

Sekian Terima Kasih.

 

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

 

Saya yang menurut perintah,

 

 

 

ABDUL LATIF BIN HAJI MULUK  )

Pengerusi

Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas .

 

 

Sk :              Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sabah.

     :              Fail.