kem
best 2008
KERTAS KERJA
KEM BESTARI SOLAT 2008
( SIRI KE 1 HINGGA 4 )
SEKOLAH
KEBANGSAAN DATUK AWANG UDIN , MUKAH .
Sabda Nabi s.a.w :
“ Barang siapa yang menjaga Solatnya, maka Solatnya itu akan menjadi cahaya baginya, dan menjadi petunjuk serta penyelamat pada hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang tidak menjaga solatnya, maka tiadalah baginya jalan untuk mendapatkan cahaya, petunjuk dan keselamatan pada hari kiamat nanti, bahkan pada hari tersebut dia akan dibangkitkan bersama-sama Firaun, Qarun, Haman dan Ubai bin Khalaf ( iaitu mereka dari kalangan orang-orang kafir ”.
( Hadis riwayat : Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabari )
Kem Bestari Solat adalah merupakan satu program asas yang dicadangkan bagi memastikan semua pelajar muslim dapat menguasai, memahami dan mampu melaksanakan kewajipan solat dengan cara yang betul, tepat dan sempurna. Program ini juga adalah bertepatan dengan kurikulum baru yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral ( JAPIM ) yang secara rasminya mula dilaksanakan dan dijayakan di peringkat sekolah rendah di seluruh Malaysia mulai tahun 2005. Kurikulum Pendidikan j-QAF ( Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain ) merupakan pendekatan baru yang dianggap konsisten dan berkesan bagi memastikan penguasaan yang optimum di kalangan pelajar sekolah rendah terutama dalam aspek asasi dalam agama Islam.
Kem Bestari Solat yang akan dijalankan dalam beberapa siri ini adalah merupakan salah satu model pelaksanaan yang dicadangkan bagi memenuhi keperluan dan hasrat yang digariskan dalam kurikulum pendidikan j-QAF tersebut. Di harap program seumpama ini dapat memberikan impak positif dalam memberikan input pendidikan Islam secara berkesan kepada golongan sasaran yang telah ditetapkan.
Kem Bestari Solat adalah merupakan aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan Solat dengan sempurna dari segi :
Bacaan
Perbuatan
Ilmu Pengetahuan
dan Penghayatan
Aktiviti akan dilaksanakan secara intensif mengikut kesesuaian sesebuah sekolah dan diadakan di satu tempat yang khusus sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak sekolah
Bagi sesi 2008 pengisian kem akan dijalankan berdasarkan pembahagian berikut :
- Tahun satu : 4 kem
- Tahun dua : 3 kem
- Tahun tiga : 2 kem
Pembahagian ini berdasarkan kepada penekanan dan pengisian program yang berlainan berdasarkan tahun dan modul yang telah dibekalkan oleh JAPIM.
Pelajar dapat mengetahui tentang kewajipan solat dan kedudukannya dalam.
Pelajar dapat mengambil wudhuk dengan sempurna berdasarkan Model Bestari Solat yang disediakan.
Pelajar dapat mengetahui tentang solat-solat fardhu, bilangan rakaatnya, rukun-rukun yang terkandung di dalamnya, urutan-urutan solat fardhu dan perkara lain yang mempunyai perkaitan yang rapat dengannya.
Pelajar dapat melaksanakan semua perbuatan dan bacaan dalam solat dengan betul, lancar dan sempurna
Pelajar dapat melaksanakan solat dengan sempurna sama ada secara bersendirian atau berjemaah
“ SOLAT MENJANA KECEMERLANGAN DIRI ”
Panitia Pendidikan Islam, Sekolah Kebangsaan Datuk Awang Udin, Mukah.
Jawatankuasa j-QAF, Sekolah Kebangsaan Datuk Awang Udin, Mukah, Sarawak.
Sekolah Kebangsaan Datuk Awang Udin , Mukah , Sarawak.
Siri Satu : Sabtu : Februari
Siri ke 2 : Sabtu : April
Siri ke 3 : Khamis : Jun
Siri ke 4 : Selasa : Ogos
SASARAN
Semua Pelajar Tahun Satu, Dua , tiga dan empat 2008 ( 286 orang murid )
Tahun Satu : 70 Orang
Tahun Dua : 70 Orang
Tahun Tiga : 76 Orang
Tahun Empat : 70 Orang
BENTUK
PENGISIAN
Latihan Dalam Kumpulan ( LDK )
Amali Solat dan Wudhuk
Sisipan Model Bestari Solat 2008
Panduan berwudhuk
Panduan solat lelaki dan wanita
TENTATIF
PROGRAM
Rujuk Lampiran 1
Rujuk Lampiran 2
Rujuk Lampiran 3
Rujuk Lampiran 4
Diharapkan pelaksanaan kem ini akan memberikan kesan positif kepada para pelajar dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan tuntutan yang bersifat fardhu ain sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah.
Adalah menjadi harapan supaya kem ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, dan segala sumbangan dan usaha yang dicurahkan akan diberkati oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
………………………………………
( IBRAHIM FIKRI BIN ABDULLAH )
Penyelaras Program,
Kem Bestari Solat,
Sekolah Kebangsaan Datuk Awang Udin.
……………………………………….
( AHMAD AZRA BIN SA’ADI )
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Sekolah Kebangsaan Datuk Awang Udin.
………………………………………
( NOROMI BIN HASSIM )
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Datuk Awang Udin.
TENTATIF PROGRAM
Kem Bestari Solat Siri Pertama
( Sabtu : 24 Mac 2008 )
Sesi Pertama :
|
HARI / MASA |
8.00 – 8.30 PG |
8.30 – 9.00 PG |
9.00 – 10.00 PG |
10.00 – 11.30 PG |
|
SABTU |
PENDAFTARAN
|
TAKLIMAT DAN GIHAN KUMPULAN |
LDK 1
NIAT DAN BACAAN DALAM SOLAT |
R E H A T |
Sesi Kedua :
|
HARI / MASA |
10.30 – 11.30 TGH |
11.30 – 12.30 TGH |
12.30 – 1.30 PTG |
1.30 – 2.30 PTG |
|
SABTU |
LDK 2 DOA IFTITAH DAN PENDEDAHAN QUNUT DAN TAHIYAT AWAL |
LDK 3
AMALI BERWUDHUK ( PRAKTIKAL ) |
R M E A H & K A A T N |
PENGHAYATAN ANAK SOLEH |
Sesi Ketiga :
|
HARI / MASA |
2.30 – 4.30 PTG |
4.30 – 4.45 PTG |
4.45 – 5.45 PTG |
|
SABTU |
AMALI SOLAT MAGHRIB, ISYAK DAN SUBUH |
MINUM PETANG |
AMALI SOLAT ASAR BERJEMAAH DAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUP |
*** Tentatif di atas tertakluk kepada perubahan semasa
Kem Bestari Solat Siri Kedua
( Sabtu : 30 Jun 2008 )
Sesi Pertama :
|
HARI / MASA |
8.00 – 8.30 PG |
8.30 – 9.30 PG |
9.30 – 10.30 PG |
10.30 –11.00 PG |
|
SABTU |
PENDAFTARAN DAN AGIHAN KUMPULAN |
BIMBINGAN SOLAT ( 1 ) TAYANGAN VIDEO |
|
R E H A T |
Sesi Kedua :
|
HARI / MASA |
11.00 – 12.00 TGH |
12.00 – 01.30 PTG |
01.00 – 2.00 PTG |
|
SABTU |
|
|
MAKAN TENGAH HARI DAN BERSURAI
|
*** Tentatif di atas tertakluk kepada perubahan semasa
Kem Bestari Solat Siri Ketiga
( Khamis : 25 Oktober 2008 )
|
HARI / MASA |
8.00 – 8.30 PAGI |
8.30 – 9.30 PAGI |
9.30 – 10.00 PAGI |
10.00 - 11.00 PAG1 |
|
SABTU |
PENDAFTARAN DAN AGIHAN KUMPULAN |
( MODEL BESTARI SOLAT 1 ) SLIDE SHOW
|
|
LDK 1
BACAAN DALAM SOLAT ( 1 ) - TAHIYAT - |
|
HARI / MASA |
11.00 – 12.00 TGH |
12.00 – 01.00 TGH |
01.00 – 01.30 TGH |
01.30 – 2.00 TGH |
|
SABTU |
|
|
MAKAN TENGAH HARI
|
AMALI SOLAT BERJEMAAH
|
*** Tentatif di atas tertakluk kepada perubahan semasa
Kem Bestari Solat Siri Keempat
( Selasa : 6 November 2008 )
|
HARI / MASA |
7.45 – 8.15 PG |
8.15 – 9.15 PG |
9.15 – 9.45 PG |
9.45 – 11.15 PG |
|
RABU |
PENDAFTARAN DAN AGIHAN KUMPULAN |
TAYANGAN SLIDE ( BESTARI SOLAT ) |
R E H A T |
PENGUKUHAN 1
NIAT DAN BACAAN DALAM SOLAT
|
|
HARI / MASA |
11.15 – 12.30 TGH |
12.30 – 01.00 TGH |
01.00 – 01.30 TGH |
01.30 – 02.00 PTG |
|
|
|
REHAT DAN MAKAN TENGAH HARI |
PENGUKUHAN 3
AMALI WUDHUK |
AMALI SOLAT ZOHOR BERJEMAAH |
|
HARI / MASA |
02.00 – 03.00 PTG |
|
RABU |
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEM BESTARI SOLAT 2006
|
*** Tentatif di atas tertakluk kepada perubahan semasa
PENAUNG
EN. Noromi Bin Hassim
( Guru Besar SKDAU )
PENASIHAT
Puan Zubaidah
( Penolong Kanan Kokurikulum )
En. Ahmad Azra Bin Sa’adi
( Ketua Panitia Pendidikan Islam )
PENGARAH PROGRAM
Kem Bestari 1 : Encik Ibrahim Fikri Bin Abdullah
Kem Bestari 2 : Encik Che Daud Bin Che Mat
Kem Bestari 3 : Puan Norazilah Binti Awg Muhamad
Kem Bestari 4 : Cik Junaidah Binti Mohamed
SETIAUSAHA
Puan Norazilah Binti Awang Muhamad
BENDAHARI ( UNIT PENDAFTARAN )
Puan Che Puan Binti Che Hassan
UNIT PENGISIAN DAN PENYELARASAN PROGRAM
Ahmad Azra Bin Sa’adi
Che Daud Bin Che Mat
UNIT MAKANAN DAN JAMUAN
Puan Iesah Binti Bujang
Puan Dayang Hadijah Binti Awang Seruji
UNIT TEKNIKAL, PERALATAN DAN KEBAJIKAN
Encik Mazlan Bin Abang
Encik Hassan
UNIT SIJIL, HADIAH DAN CENDERAMATA
Siti Nooreza
Junika Adlizan
FASILITATOR
Ibrahim Fikri Bin Abdullah
Che Daud Bin Che Mat
Ahmad Azra Bin Sa’adi
Said Bin Bom
Safuan
Musa
Rajmah
Che Puan Che Hassan
Junaidah Mohamed
Norazilah Awang Muhama
BIDANG TUGAS
Pengarah program :
Mempengerusikan Mesyuarat Komiti Program
Memastikan Kelincinan Program yang dijalankan
Memantau Perjalanan Komiti Kerja mengikut plan bertindak yang telah ditetapkan
Menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku
Setiausaha :
Menguruskan surat menyurat program
Menyelaras dan menyelia persiapan komiti program
Mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa
Menyediakan senarai nama pelajar mengikut kumpulan untuk tindakan unit pengisian dan disiplin
Menyediakan laporan dan post moterm program
Bendahari / ( Unit Pendaftaran ) :
Mengurus dan menyelia perolehan dan perbelanjaan.
Menguruskan pendaftaran murid melalui guru kelas masing-masing
Menyalurkan peruntukan program kepada unit-unit yang berkaitan
Menyediakan laporan kewangan program
Menguruskan perjalanan dan pembahagian kumpulan pelajar pada hari permulaan program
Unit Pengisian dan Penyelarasan program :
Menyediakan sisipan dan bahan untuk program yang dijalankan
Menyediakan khidmat fasilitator untuk setiap kumpulan yang telah ditetapkan
Menyediakan borang-borang yang berkaitan
Menyelia perjalanan program, LDK dan semua sesi program yang berkaitan sebagai mana yang terdapat dalam tentatif yang dijadualkan
Memastikan program berjalan lancar dan menepati masa yang ditetapkan
Mengawal disiplin peserta dan dalam sesi-sesi yang dijadualkan
Unit Makanan dan Minuman :
Menyediakan makanan dan minuman untuk para peserta, fasilitator dan komiti yang terlibat
Memastikan makanan dapat disediakan pada waktu yang ditetapkan dan menyediakan menu yang bersesuaian
Menyediakan anggaran perbelanjaan makanan dan minuman
Unit Teknikal, Peralatan dan Kebajikan :
Menyediakan peralatan siaraya, banner dan kemudahan tempat untuk kelincinan program
Memastikan kebersihan dan kekemasan tempat aktiviti
Menyediakan peralatan dan bantuan kecemasan
Menguruskan soal kebajikan peserta program
Unit Sijil, Hadiah dan Cenderamata :
Menyediakan sijil penyertaan kepada semua peserta dan juga peserta terbaik lelaki dan perempuan
Menyediakan sijil penghargaan kepada fasililator yang terlibat
Menyediakan hadiah yang bersesuaian untuk peserta kem terbaik lelaki dan perempuan
Menyediakan cenderamata kepada perasmi program
Fasilitator :
Bertindak sebagai pemudah cara kepada para peserta
Mengendalikan slot LDK, aktiviti pengukuhan dan unjian pengesanan yang semasa kem berjalan
Merekodkan pencapaian peserta dalam borang yang disediakan
BELANJAWAN PROGRAM
Kem Bestari Solat Siri Pertama
( Sabtu : 24 Mac 2008 )
Pengeluaran :
|
BIL |
PERKARA |
BILANGAN |
JUMLAH |
|
01 |
Pengisian : - LDK / Sisipan - Fail
|
286 org x RM 2.50 286 org x RM 0.50 |
RM 715.00 RM 143.00
|
|
02 |
Makanan dan Minuman : - Fasilitator / AJK - Peserta |
35 org x RM 5.00 286 org x RM 5.00
|
RM 175.00 RM 1430.00
|
|
03 |
Hadiah dan Cenderamata : - Cenderahati untuk Fasilitator - Perasmi Program
|
20 org x RM 5.00 |
RM 100.00 RM 30.00 |
JUMLAH KESELURUHAN |
RM 2593.00 |
||
*** Makanan disediakan untuk waktu pagi, tengah hari dan petang sahaja
*** Sisipan yang disediakan :
Panduan bimbingan solat untuk lelaki dan wanita
Panduan berwudhuk
Kem Bestari Solat Siri Kedua
( Sabtu : 30 Jun 2008 )
Pengeluaran :
|
BIL |
PERKARA |
BILANGAN |
JUMLAH |
|
01 |
Makanan dan Minuman : - Fasilitator / AJK - Makanan Peserta |
35 org x RM 3.00 286 org x RM 2.50
|
RM 105.00 RM 715.00
|
|
02 |
Hadiah dan Cenderamata : - Cenderahati untuk Fasilitator
|
20 org x RM 5.00 |
RM 100.00
|
JUMLAH KESELURUHAN |
RM 920.00 |
||
*** Makanan disediakan untuk waktu pagi dan tengah hari sahaja
*** Sisipan yang disediakan :
Panduan bimbingan solat untuk lelaki dan wanita
Panduan berwudhuk
Kem Bestari Solat Siri Ketiga
( Khamis : 25 Oktober 2008 )
Pengeluaran :
|
BIL |
PERKARA |
BILANGAN |
JUMLAH |
|
01 |
Pengisian : - Pengukuhan Amali Solat / Wudhuk
|
286 org x RM 0.50 |
RM 143.00
|
|
02 |
Makanan dan Minuman : - Fasilitator / AJK - Makanan Peserta |
35 org x RM 3.50 286 org x RM 3.00
|
RM 122.50 RM 858.00
|
|
03 |
Hadiah dan Cenderamata : - Cenderahati untuk Fasilitator
|
20 org x RM 5.00 |
RM 100.00
|
JUMLAH KESELURUHAN |
RM 1223.50 |
||
*** Makanan disediakan untuk waktu pagi dan tengah hari sahaja
*** Sisipan yang disediakan :
Panduan bimbingan solat untuk lelaki dan wanita
Panduan berwudhuk
Kem Bestari Solat Siri Keempat
( Selasa : 6 November 2008 )
Pengeluaran :
|
BIL |
PERKARA |
BILANGAN |
JUMLAH |
|
01 |
Makanan dan Minuman : - Fasilitator / AJK - Makanan Peserta
|
35 org x RM 3.50 286 org x RM 3.00 |
RM 122.50 RM 858.00
|
|
02 |
Hadiah, Sijil dan Cenderamata : - Hadiah Peserta Terbaik L / P - Sijil : - Fasilitator - Penyertaan - Peserta Terbaik L / P
- Cenderahati Perasmi Program
|
4 org x RM 10.00
30 org x RM 1.00 286 org x RM 1.00 4 org x RM 1.00
|
RM 40.00
RM 30.00 RM 286.00 RM 4.00
RM 30.00
|
|
03 |
Fotostat
|
|
RM 20.00
|
JUMLAH KESELURUHAN |
RM 1390.00 |
||
*** Makanan disediakan untuk waktu pagi dan tengah hari sahaja
*** Sisipan yang disediakan :
Panduan bimbingan solat untuk lelaki dan wanita
Panduan berwudhuk
BELANJAWAN PENUH PROGRAM
SIRI KE 1 HINGGA 4
1. Pengeluaran :
|
BIL |
PERKARA |
BILANGAN MURID |
JUMLAH |
|
01 |
Kem Bestari Solat 1
|
|
RM 2593.00 |
|
02 |
Kem Bestari Solat 2
|
286 Orang |
RM 920.00 |
|
03 |
Kem Bestari Solat 3 |
286 Orang |
RM 1223.50
|
|
04
|
Kem Bestari Solat 4 |
286 Orang |
RM 1390.00 |
JUMLAH KESELURUHAN |
RM 6126.50 |
||
1