_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


CETUSAN RASA DIKONGSI BERSAMA



Semoga kita menghayati TUJUAN DAN DASAR KEPENGAKAPAN di negara kita..

Tujuan Persekutuan ini ialah bagi memajukan anak-anak menjadi rakyat yang baik
dengan membentuk sifat perangainya - melatih tabiatnya supaya biasa tajam pemerhatiannya,
menurut perintah dan percayakan kebolehan dirinya - menanamkan semangat
taat setia dan menimbangkan orang lain -
mengajar mereka berkhidmat dan
berguna kepada orang ramai, dan membuat sendiri benda-benda
yang berguna bagi dirinya - memajukan kesihatan tubuhnya, fikirannya dan semangatnya
terhadap ugama.”
Petikan daripada..AKTA PARLIMEN NO.38 TAHUN 1968
(act. Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia)
PINDAAN NO.143 TAHUN 1974, BAHAGIAN II : TUJUAN DAN DASAR.





 Sungguh mendalam petikan ucapan Ketua Pengakap Negara berikut buat renungan bersama..

Persekutuan Pengakap Malaysia yang diperbadankan di bawah
Akta Parlimen No.38 (1968) dengan pindaan No.143 (1974) dan No.409 (1989)
telah bergerak sebagai badan sukarela yang bersifat non-partisan iaitu bebas,
dan
tidak terpengaruh kepada mana-mana pihak yang berkepentingan
seperti yang termaktub dalam Persetiaan Pengakap.
Petikan daripada..PERUTUSAN KETUA PENGAKAP NEGARA 2008 :
DATO' SERI HAJI SHAFIE BIN HAJI MOHD SALLEH.






Lagu Pengakap Malaysia
"Official Song of the Scout Association of Malaysia"
Kami Pengakap Malaysia,
Harapan nusa dan bangsa, berikrar setia pada pertiwi tercinta,
Melatih generasi muda menjadi insan yang berguna,
Persetiaan Pengakap teras dipegang bersama,
Menolong orang setiap masa, menabur bakti di mana sahaja,
Demi Tuhan, raja dan negara, Berbudi, bersaudara, taat, menurut perintah,
Kami bangga junjung cita-cita, Pengakap Malaysia,
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap, Pengakap Malaysia.


   LAMAN UTAMA