_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


LAPORAN AKTIVITI

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

DAERAH KAJANG

2008

1. PERKHEMAHAN PENGEMBARAAN PENGAKAP REMAJA

Program ini telah dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor pada 1 Mac hingga 4 Mac 2008 (Sabtu - Selasa) bertempat di Pusat Kokurikulum Negeri Selangor, Kem Tekali, Hulu Langat. PPM Kajang telah menghantar peserta seramai 18 orang ahli Pengakap Remaja dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah dengan diiringi oleh 4 orang Pemimpin Pengakap. Setiap peserta telah mengembara selama 2 hari dengan berjalan kaki sejauh lebih kurang 40 kilometer bermula pada  pukul 4.00 petang, 2 Mac 2008 dan bermalam di laluan pengembaraan. Tuan Haji Rahmat bin Jaafar, Penolong Pesuruhjaya Pengakap (Latihan) Negeri Selangor telah menyempurnakan majlis perasmian penutupan dan menyerahkan sijil kepada peserta dan petugas pada hari terakhir perkhemahan.


2. GEMILANG 1 (KURSUS LENCANA KERIS GANGSA & LENCANA USAHA)

Program ini telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian, Kajang pada 21 Mac hingga 22 Mac 2008 (Jumaat - Sabtu). Program tahunan anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kajang ini telah disertai seramai 76 orang ahli Pengakap Muda dan 196 orang ahli Pengakap Kanak-kanak bersama 26 orang Pemimpin Kumpulan dengan dibantu oleh 5 orang ahli Pengakap Kelana A Daerah Kajang. Program ini dianjurkan untuk menilai seterusnya menganugerahkan Lencana Keris Gangsa (Pengakap Kanak-kanak) dan Lencana Usaha (Pengakap Muda) kepada para peserta yang terlibat. Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kajang, Encik Chayed bin Basirun telah sudi menyempurnakan majlis perasmian penutupan dan menyerahkan sijil kepada para peserta pada hari terakhir kursus dijalankan.


3. KURSUS KEBOMBAAN

Program ini anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Daerah Sabak Bernam khas untuk calon-calon Pengakap Raja telah diadakan pada 2 Mei hingga 4 Mei 2008 bertempat Pusat Kokurikulum Negeri, Jabatan Pelajaran Selangor, Sabak Bernam. PPM Kajang telah menghantar seramai 8 orang ahli Pengakap Remaja dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah dengan diiringi oleh 2 orang Pemimpin Kumpulan.


4. KEMPORI PENGAKAP SELANGOR

Program anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor ini telah diadakan pada 24 Mei hingga 27 Mei 2008 (Sabtu - Selasa) bertempat di Sekolah Kebangsaan Puncak Alam, Kuala Selangor. Kontinjen PPM Kajang yang diketuai oleh Encik Yazi Mohd Khairan telah dianggotai seramai 98 orang peserta dan petugas iaitu 32 orang ahli Pengakap Kanak-kanak, 34 orang ahli Pengakap Muda dan 20 orang ahli Pengakap Remaja dengan diiringi seramai 12 orang Pemimpin Pengakap. Kontinjen PPM Kajang telah  bertolak  menuju ke lokasi perkhemahan pada pukul 9.00 pagi (24 Mei 2008) dari Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat dengan menaiki 2 buah bas yang disewa khas. Program negeri ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Abdul Rahman bin Palil iaitu Yang Di Pertua Pengakap Negeri Selangor di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam, Kuala Selangor.


5. PERTANDINGAN KEPANDAIAN PENGAKAP

Program anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor ini telah diadakan pada tarikh dan tempat yang sama dengan KEMPORI Selangor iaitu pada 24 Mei hingga 27 Mei 2008 (Sabtu - Selasa). PPM Kajang telah menyertai 2 kategori pertandingan iaitu Kategori Pengakap Kanak-kanak yang telah diwakili seramai 8 orang ahli Pengakap Kanak-kanak Sekolah Kebangsaan Sri Jelok dan Kategori Pengakap Muda yang diwakili oleh 10 orang ahli Pengakap Muda Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3. Bagi Kategori Pengakap Kanak-kanak, PPM Kajang telah menduduki tempat ke-6 manakala bagi Kategori Pengakap Muda pula, PPM Kajang telah mengungguli kategori tersebut dan berjaya menjadi johan keseluruhan untuk membawa pulang Piala Haji Surimin. Piala pusingan dan piala iringan berserta sijil telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Abdul Rahman bin Palil iaitu Yang Di Pertua Pengakap Negeri Selangor.


6. PERKHEMAHAN WANITA NEGERI SELANGOR

Program anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor ini telah diadakan pada 24 Julai hingga 27 Julai 2008 (Sabtu - Selasa) bertempat di Pusat Kokurikulum Negeri Selangor, Kem Tekali, Hulu Langat. Program negeri ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Seri Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh iaitu Ketua Pengakap Negara. PPM Kajang telah menghantar kontinjen seramai 43 orang ahli Pengakap Muda dan Pengakap Remaja dengan diiringi oleh 4 orang pemimpin yang diketuai oleh Cik Suaibah binti Sudin (Ahli Pasukan Latihan Daerah Kajang).


7. MAJLIS PELANCARAN SETEM DAN ULANG TAHUN KE-100 PENGAKAP MALAYSIA

Majlis ini telah diadakan pada 14 Ogos 2008 (Khamis) bertempat di Rumah B-P, Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, Kuala Lumpur. PPM Kajang telah menghantar kontinjen seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada ahli Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Muda dan Pengakap Remaja dari Sekolah Kebangsaan Jalan 3, Sekolah Kebangsaan Kajang Utama dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3 dengan diiringi oleh Encik Syed Norzalman bin Syed Yusof, Penolong Pesuruhjaya Pengakap (Program) Daerah Kajang dan Encik Yazi Mohd Khairan, Penolong Pesuruhjaya Pengakap (Latihan) Daerah Kajang bersama 1 orang pemimpin dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3. Dalam program ini, setem kenangan sempena 100 tahun penubuhan Pengakap di Malaysia iaitu sebanyak 3 reka bentuk yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia telah dilancarkan.


8. GEMILANG 2 (KURSUS LENCANA KERIS PERAK & LENCANA MAJU)

Program ini telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi pada 29 Ogos hingga 30 Ogos 2008 (Jumaat - Sabtu). Program penyelarasan Lencana Kemajuan dan Lencana Kepandaian anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kajang ini telah disertai seramai 79 orang ahli Pengakap Muda daripada 8 buah sekolah menengah dan 177 orang ahli Pengakap Kanak-kanak daripada 6 buah sekolah rendah bersama 42 orang Pemimpin Kumpulan dan 10 orang pembantu daripada kalangan Pengakap Muda dan Pengakap Remaja Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi. Seramai3 orang ahli Pengakap Kelana A Daerah Kajang. turut sama membantu dalam menjayakan program ini. Setiap peserta menyertai aktiviti yang melibatkan penilaian kemahiran dan pengetahuan berkenaan ilmu kepengakapan bagi melayakkan mereka mendapatkan Lencana Keris Perak (Pengakap Kanak-kanak) dan Lencana Maju (Pengakap Muda). Tuan Haji Rahmat bin Jaafar, Penolong Pesuruhjaya Pengakap (Latihan) Negeri Selangor telah sudi hadir bagi menyempurnakan majlis perasmian penutupan dan penyerahan sijil kepada para peserta pada hari terakhir program tersebut.



9. PERKHEMAHAN PEK BERCUTI DAN PENGANUGERAHAN RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK 2008

Program bersama ini adalah anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat bersama PPM Daerah Kajang dan PPM Daerah Hulu Langat. Program kepengakapan yang berlangsung pada 5 November (Rabu) hingga 7 November 2008 (Jumaat) di Pusat Kokurikulum Negeri Selangor, Kem Tekali Hulu Langat ini telah berjaya menarik jumlah peserta seramai 114 orang daripada 19 buah sekolah rendah dalam seliaan Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat. Majlis Perasmian dan Penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ishak bin Jonid, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor pada hari terakhir program tersebut. Seramai 11 orang peserta telah lulus ujian dan temuduga untuk melayakkan mereka menerima anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak dan 5 orang daripada jumlah tersebut ialah ahli pengakap daripada PPM Kajang iaitu pelajar Sekolah Kebangsaan Kajang Utama (Kumpulan 46 Kajang). Semoga kejayaan ini menjadi pendorong dan pembakar semangat untuk terus berpengakap.



10. JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR 2008

PPM Kajang yang dianggotai seramai 34 orang peserta (ahli Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan Pemimpin) telah menyertai Kontinjen Selangor untuk mengambil bahagian dalam Jambori Antarabangsa Johor 2008 bertempat di Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor pada 15 November hingga 20 November 2008. Peserta-peserta PPM Kajang telah diurus dan diketuai oleh Encik Yazi Mohd Khairan (Penolong Pesuruhjaya Pengakap (Latihan) Daerah Kajang. Kontinjen Selangor yang berjumlah 386 orang peserta (327 orang peserta dan 59 orang urusetia) yang diketuai oleh Encik Arif Hairoman (Penolong Pesuruhjaya Negeri Selangor) ditempatkan di Sub Kem Endau Rompin. Program bertaraf antarabangsa ini telah dirasmikan oleh Tengku Mahkota Johor pada 16 November 2008.


_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


LAPORAN AKTIVITI

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

DAERAH KAJANG

2008

1. PERKHEMAHAN PENGEMBARAAN PENGAKAP REMAJA

Progra