HADIS 1

Mengumpat Yang Dibolehkan

عَنْ عَائِشَةَ َرَضِى اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَتْ هِنْدٌ بِنْتُ عُقْبَةَ امْرَأَةُ أَبِى سُفْيَانَ عَلَى رَسُوْلِ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ: يَا رَسُوْلَ اللهِ ، إِنَّ أَبَـا سُفْيَانَ رَجُلٌ شَحِيْحٌ لاَ يُعْطِيْنِى مِنَ النَّفَقَةِ مَـا يَكْفِينِى وَيَكْفِى بَنِيَّ إِلاَّ مَـا أَخَذْتُـهُ مِنْ مَـالِهِ بِغَيْرِ عِلْمِهِ ، فَهَلْ عَلَيَّ فِى ذَلِكَ مِنْ جُنَـاحٍ ؟ فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: خُذِى مِنْ مَـالِهِ بِالْمَعْرُوْفِ مَايَكْفِيكِ وَيَكْفِي بَنِيْكِ وَلَدِكِ

(مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ)

Dari Aisyah RA, katanya: Hindon Binti Ubah, isteri Abu Soyan masuk menemui Rasulullah SAW.lalu bertanya: Ya Rasulallah, sesungguhnya Abu Sofyan adalah lelaki yang sanqat kedekut (bakhil), dia tidak memberi nafkah yang cukup untukku dan untuk anak-anakku, kecuali jika aku ambil saja hartanya (duitnya) tanpa pengetahuannya. Adakah aku berdosa kerana berbuat demikian? Maka jawab baginda Rasul SAW.: Ambillah hartanya (duitnya) itu dengan baik yang boleh mencukupi keperluanmu dan keperluan anak anakmu.

(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

SYARAH AL HADIS:

Para ulama mengambil banyak pengajaran dari Al Hadis diatas antaranya:

Orang yang ingin mendapat fatwa dan orang yang teraniaya dibolehkan untuk menceritakan keburukan tentang orang lain yang ada kaitannya dengan perkara yang diminta fatwa atau penganiayaan itu. Perkara ini tidak termasuk ke dalam bab larangan mengumpat (Al Ghibah). Tetapi hal ini termasuk kedalam salah satu jenis mengumpat yang dikecualikan.

Nafkah isteri adalah tanggungjawab atau kewajiban suami. Adapun kadar nafkah ialah secukupnya. Ini sebagaimana yang diisyaratkan oleh Nabi: Ambillah dengan baik yang dapat mencukupkan keperluanmu dan keperluan anak anakmu.

Kadar kecukupan yang dimaksudkan ialah berdasarkan adat dan keadaan manusia, berbeza-beza kadarnya disebabkan kerana perbezaan masa dan tempat, apakah dia orang yang hidup senangkah atau dia orang yang hidupnya susah.

Jika orang yang wajib mengeluarkan nafkah tersebut enggan memberinya kepada pihak yang berhak menerimanya atau bersifat sangat kedekut, maka orang yang berhak menerimanya atau orang yany mengatur perbelanjaan anak-anaknya itu dibolehkan mengambil harta (duit) orang tersebut walaupun tanpa pengetahuannya. Ini kerana sebabnya nyata dan zahir. Dan ini bukan kes khianat, dan ini tidak termasuk kedalam larangan Nabi saw. : " Jangan kamu khianat kepada orang yang mengkhianati kamu ".

Nafkah anak adalah kewajiban dan tanggungjawab ayahnya. Bukan tanggungjawab ibu dan bukan pula tanggungjawab orang-orang lain seperti datuknya, pamannya dan lain-lain.

Bahawa orang yang diserahkan tanggungjawab mengatur sesuatu urusan perbelanjaan dan kewangan, dapat diterima ketentuannya tentang jumlah kadar yang diperlukan ini kerana dia adalah orang yang memikul amanah, dan dia memiliki kuasa dalam hal itu.

Bahawa orang yang meminta sesuatu fatwa yang ada kaitannya dengan orang lain, jika orang yany ditanya (mufti) dapat menerima kebenaran perkara yang diajukan itu maka tidak perlulah dimaklumkan perkara tersebut kepada orang lain itu. Lebih lebih lagi jika perkara tersebut dapat mendatangkan mudarat (bahaya) sebagaimana persoalan yang terkandung dalam Al Hadis diatas. Barangkali akan rusak rumahtangga Hindon jika aduan itu dimaklumkan kepada Abu Sofyan.

 

JENIS-JENIS MENGUMPAT YANG DIBOLEHKAN :

Sebagaiamana kita sama maklum bahawa hukum mengumpat adalah haram. Mengumpat ialah menceritakan tentang aib atau keburukan seseorang yang apabila orang tersebut mendengarnya maka ia akan marah dan benci.

Dalam hal ini Imam An Nawawy dalam kitabnya Riyadhus Salihin berkata: Ketahuilah bahawa mengumpat adalah dibolehkan atas sebab-sebab tertentu dan mengikuti lunas-lunas syara’ (agama), jika sesuatu yang penting tidak mungkin tercapai kecuali dengannya. Mengumpat yang diperbolehkan-oleh agama itu ada enam jenis:

(1) KES PENGANIAYAAN.

Dibolehkan kepada orang yang dianiaya untuk mengadu kepada pihak berkuasa seperti Sultan, Qadhi atau lain-lain pihak yang mempunyai kuasa untuk memberi keinsafan dan kesedaran kepada orang yang menganiaya itu. Umpamanya: Si Polan itu telah menganiaya saya begini dan begitu.

(2) MOHON BANTUAN MENCEGAH KEMUNGKARAN.

Umpamanya seseorang berkata kepada pihak polis atau bahagian pencegah maksiat: Si Polan itu telah berbuat perkara sumbang, tolong tuan cegah perkara tersebut. Maksud orang itu ialah menjadikan pihak berkuasa sebagai orang tengah untuk mencegah kemungkaran. Tetapi jika tidak dengan maksud itu maka hukumnya adalah haram.

(3) MINTA FATWA.

Umpamanya ia berkata kepada mufti atau orang yang dipercayai boleh memberi fatwa: Ayah saya atau saudara saya atau suami saya telah menganiaya saya, adakah dia boleh berbuat demikian terhadap saya, bagaimana cara supaya saya dapat terhindar dari penganiayaannya. Perkara ini dibolehkan kerana hajat. Tetapi adalah lebih baik sekiranya dengan cara sindiran sudah tercapai tujuannya. Namun demikian menyebut nama orang yang menzalimi adalah dibolehkan sebagaimana dalam kisah Hindon diatas.

(4) MENGAJAK MUSLIMIN AGAR BERSIKAP BERHATI-HATI.

Umpamanya: Kita menyebut tentang keaiban periwayat hadis seperti si polan pendusta, tidak amanah, kurang kuat ingatannya dan lain-lain. Perkara ini dibolehkan kerana tujuan kita berbuat demikian semata mata ingin menjaga keaslian hadis Rasulullah saw. Sebab tanpa berbuat demikian maka akan terdedahlah hadis Rasul saw dengan pemalsuan. Atau paling kurang supaya orang ramai jangan sampai menyangka hadis hadis tersebut sebagai hadis yang sahih. Apalagi jika orang berkenaan sememangnya orang yang suka memalsukan hadis. Dan menyatakan keaiban orang lain ini juga boleh jika kita diminta pandangan tentang peribadi seseorang yang akan menjadi rakan kongsi perniagaan , atau menitipkan amanah , atau urusan perkahwinan , demikian juga tentang berjiran dan sebagai.

(5) JIKA MELAKUKAN MAKSIAT DAN BID'AH SECARA TERANG.

Umpamanya: Minum arak secara terang terangan atau seorang guru agama yang mengajar ajaran-ajaran sesat seperti syirik dan bid'ah atau bomoh dan dukun yang menggunakan amalan amalan syirik. Kita diperbolehkan menyebut keburukan atau keaiban orang orang berkenaan supaya muslimin yang lain dapat sentiasa waspada dan tidak terpedaya oleh mereka. Tetapi dalam hal ini kita tidak boleh menceritakan cela mereka yang lain kecuali ada sebab-sebab lain yang membolehkannya sebagaimana tersebut diatas.

(6) SEBAGAI TANDA PENGENALAN.

Andaikata seseorang dikenal dengan gelaran tertentu. Umpamanya: Mamat Pincang, Jali Sumbing, Enon Gendut dan lain-lain maka dibolehkan kita menyebut sifat-sifat tersebut tetapi dengan syarat tidak dengan nada atau tujuan menghina dan merendah rendahkan. Andaikata orang tersebut sudah dapat dikenal tanpa menggunakan gelaran-gelaran diatas maka itu adalah lebih baik.

 

 

HADIS 2

Musibah Dapat Membawa Berkah

 

عَنْ أَبِى سَعِيْدِ الْخُدْرِيّ وَعَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَا يُصِيْبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلاَ وَصَبٍ وَلاَ هَمًّ وَلاَ حُزْنٍ وَلاَ أَذًى وَلاَ غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إلاَّ كَفَّرَ بِهَا خَطَايَاهُ

 

Terjemahan:

 

Dari Abi Sa’id Al-Khudry dan dari Abi Hurairah (mereka berkata), dari Nabi (sallallahu alaihi wasalam) bersabda:

 

Apa saja yang menimpa orang Islam seperti kepayahan, penderitaan, kekecewaan, dukacita, gangguan dan tekanan batin, sampai-sampai duri yang mengenainya, melainkan pastilah Allah menghapus dosa-dosa kesalahannya (dengan sebab-sebab hal tersebut)

 

[Hadis Sahih Riwayat Imam Bukhari]

 

 

Huraian Al-Hadis:

 

Sabda Nabi (sallallahu alaihi wasalam) dalam hadis yang kita bahas ini dengan jelas menunjukkan bahwa seorang Islam akan dihapus dosa-dosa kesalahannya disebabkan adanya musibah yang menimpanya, seperti: payah, penderitaan, kekecewaan, dukacita, gangguan, tekanan batin dan gangguan fikiran yang memberatkannya, sampai-sampai terkena duri pun. Bahkan di dalam riwayat yang lain juga dari Imam Bukhari dikatakan:

 

Terkena duri atau yang lebih kecil daripadanya”.

 

Penderitaan yang dapat membawa berkah (kebaikan) bagi orang yang tertimpa musibah itu ialah jika ia sabar (tabah) menerimanya dan tidak keluar daripada landasan Islam. Ini sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam):

  

عَنْ صُهَيْبٍ (رض) قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: عَجَبًا لأِمْر الْمُؤْمِنِ، إِنَّ أَمْرَهُ كُلُّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذٰلِكَ لأحَدٍ إِلاَّ ِللْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ السَّرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ الضَّرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

 

Artinya: Dari Shuhaib (ra) ia berkata: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam):

 

“Sungguh menakjubkan (keadaan) urusan orang mu’min, semua urusannya itu baik, dan hal ini tidak dimiliki oleh seorangpun selain orang mu’min. Apabila ia mendapat sesuatu yang menggembirakan maka ia bersyukur, maka hal itu baik baginya. Dan apabila sesuatu yang mudarat menimpanya lalu ia bersabar, maka hal itu juga baik baginya”.

 

[Hadis Riwayat Imam Muslim]

 

 

Besar Kecilnya Ganjaran:

 

Dikatakan sesuatu itu musibah jika hal itu berlaku atau terjadi dengan tidak disengaja. Apabila disengaja mencari-cari penderitaan maka ia bukan lagi dinamakan musibah. Dan sengaja mencari penderitaan itu bukan sikap Muslim, karena setiap muslim wajib menjaga semua yang berguna dan yang bermanfaat, seperti akal, keturunan, rohani jasmani, harta, dan yang paling utama sekali ia menjaga agamanya.

 

Dan dalam penjagaannya dan kewaspadaan Muslim itu, lalu datang musibah menimpanya. Maka timbullah di sini keadilan Allah terhadapnya iaitu dengan merngurniakan pahala baginya ataupun penghapusan dosa daripadanya.

 

Dan kurnia tersebut, apakah dalam bentuk pahala ataupun penghapusan dosa itu diukur menurut berat ringannya musibah yang menimpa dan dirasakan oleh orang yang terkena. Ini sebagaimana riwayat:

 عَنْ عَبْدِاللهِ (رض) أَتَيْتُ النَّبيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِى مَرَضِهِ وَهُوَ يُوْعَكَ وَعْكاً شَدِيْدًا وَقُلْتُ: إِنَّكَ لَتُوْعَكُ وَعْكًا شَدِيْدًا قُلْتُ: إنَّ ذٰلِكَ بِأَنَّ لَكَ أجْرَيْنِ، قَالَ: أَجَلْ، مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُصِيْبُهُ أَذًى إِلاَّ حَاتَّ اللهُ عَنْهُ خَطَايَاهُ كَمَا تَحَاتُّ وَرَقَ الشَّجَرِ

 

Dari Abdullah (Ibnu Mas’ud) ra (ia berkata): Aku mendatangi Nabi (sallallahu alaihi wasalam) pada waktu beliau sakit dan beliau dalam keadaan menderita yang hebat. Dan aku berkata: Sesungguhnya tuan benar-benar terkena penderitaan yang hebat. Aku berkata (lagi): Sesungguhnya dalam hal itu tuan benar-benar telah mendapat dua ganjaran. Lalu beliau pun menjawab:

 

“Sudah tentu, (dan) tidak ada seorang muslim punyang ditimpakan padanya gangguan (sakit), melainkan pastilah Allah menggugurkan dosa-dosa kesalahannya seperti halnya berguguran daun-daun (dari) pohon”.

 

[HR Bukhari dan Muslim]

 

 

Cara Menimbulkan Sabar:

 

Di antara cara untuk menimbulkan sifat sabar ialah dengan mengucapkan kalimah ISTIRJA’ iaitu kalimah:

 

إِنَّا ِللهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ

Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan sesungguhnya hanya kepadaNya lah kami akan kembali”.

 

 Kalimah istirja’ ini hendaklah diucapkan dengan sepenuh hati sehingga maknanya benar-benar meresap dan menggugah kesadaran dan selanjutnya akan menimbulkan kesabaran yang mendalam dan tulus ikhlas pada Allah SWT.

 

Istirja’ adalah pernyataan kembali kepada Allah. Kalau seseorang menyadari bahwa dirinya saja adalah milik Allah, apalagi apa terhadap apa yang dimilikinya, seperti: suaminya atau isterinya, anak-anaknya, ibubapanya, keluarganya, harta bendanya dan lain-lain. Pokoknya semuanya adalah milik Allah SWT.

 

Dan dengan meresapkan pengertian yang dikandungi oleh istirja’. Maka akan timbullah kesadaran bahwa apa saja yang dia miliki selama ini sebenarnya secara hakikatnya bukanlah miliknya, bahkan dirinya sendiripun bukan miliknya. Selanjutnya dengan istirja’ bukan saja menimbulkan kesabaran malahan lebih dari itu ia akan memperoleh berkah, rahmat dan hidayah Allah SWT. Ini sebagaimana firman Allah SWT:

 

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ (١٥٥) الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ (١٥٦) أُولَـئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَـئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ (١٥٧)

 

Artinya: Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (155) (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan: “Innaa Lillahi Wa Inna Illaihi Raji’uun”.(156) Mereka itulah orang yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk (157).                                             (Al-Baqarah 2:155-157)

 

 

Kesimpulan:

 

  1. Musibah yang menimpa orang Islam itu boleh mendatangkan kebaikan untuknya iaitu mendapat pahala atau dihapuskan dosa-dosanya.

 

  1. Musibah yang boleh membuahkan kebaikan bagi orang yang ditimpa itu ialah apabila musibah itu menimpanya tanpa disengaja dan ia menerimanya dengan sabar serta tidak terkeluar dari jalur-jalur yang telah ditetapkan oleh agama.

 

  1. Besar-kecilnya imbalan (ganjaran) yang diterima itu disesuaikan dengan berat ringannya penderitaan yang ditanggungnya.

 

Dengan mengucapkan ISTIRJA’ boleh menimbulkan kesadaran serta penyerahan yang tulus ikhlas kepada Allah hingga mendatangkan BERKAT, RAHMAT dan HIDAYAH (petunjuk).

 

HADIS 3

Kelebihan Mendalami Ilmu Agama (At-Tafaqquh Fid-Diin)

عَنْ أَبِى مُوْسَى عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَثَلُ مَا بَعَثَنِىَ اللهُ مِنَ الْهُدَى وَالْعِلْمِ كَمَثَلِ الْغَيْثِ الْكَثِيْرِ أَصَابَ أَرْضًا ، فَكَـانَ مِنْهَا ثُغْبَـةٌ قَبِلَتِ الْمَـاءَ فَأَنْبَتَتِ الْكَلأَ وَالْعُشْبَ الْكَثِيْرَ ، وَكَانَتْ مِنْهَا أَجَادَبُ أَمْسَكَتِ الْمَـاءَ فَنَفَعَ اللهُ بِهَا النَّـاسُ فَشَرِبُوا وَسَقَوا وَزَرَعُوا ، وَأَصَابَ مِنْهَا طَائِفَةً أُخْرَى ، إِنَّمَا هِىَ قِيْعَانٌ لاَ تَمْسِكُ مَـاءً وَلاَ تنُْبِتُ كَلأً ، فَذَلِكَ مَثَلُ مَنْ فَقُهَ فِى دِيْنِ اللهِ وَنَفَعَهُ مَا بَعَثَنِىَ اللهُ بِهِ ، فَعَلِمَ وَعَلَّمَ ، وَمَثَلُ مَنْ لَمْ يَرْفَعْ بِذَلِكَ رَأْسًا ، وَلَمْ يَقْبَلْ هُدَى اللهِ الَّذِى أَرْسِلْتُ بِهِ

(مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ )

Dari Abi Musa, dari Rasulillah SAW, sabdanya:

"Perumpamaan hidayah dan ilmu yang aku bawa daripada Allah adalah bagaikan hujan yang lebat menimpa bumi; maka ada bahagiannya yang subur dan mudah menyerap air, lalu tumbuhlah pokok dan rumput yang banyak, dan ada pula bahagiannya yang keras hanya menakung air tetapi tidak menyerap, lalu manusia dapat mengambil manfaat daripadanya seperti minum, menyirami dan pengairi tanaman, dan ada pula bahagian yang lain iaitu bahagian tanah yang sama sekali tidak menerima air dan tidak pula tumbuh tanaman (diatasnya).

Yang demikian itu adalah perumpamaan (untuk) orang yang memahami agama Allah (tafaqquh fid din), dia dapat mengambil manfaat daripada apa yang diberikan oleh Allah kepadaku, lalu ia mengetahuinya dan mengajarkannya (kepada orang lain); dan perumpamaan (untuk) orang yang tidak mengangkat kepala dengan itu; dan (perumpamaan untuk orang) yang tidak menerima hidayah yang telah diturunkan oleh Allah SWT kepadaku".

(Hadis Sahih, Muttafaq 'Alaihi)

SYARAH AL HADIS:

Baginda Rasul SAW membuat perumpamaan diri beliau yang telah menerima hidayah dan ilmu dari Allah seperti hujan yang lebat, sedangkan sikap umat manusia pula seperti tiga jenis tanah yang berbeza-beza.

TANAH YANG SUBUR:

Baginda menyamakan sikap orang yang bersedia mengambil pengajaran yang beliau bawa dan bersungguh-sungguh berusaha memahami dan mendalami urusan agamanya (tafaqquh fiddin), lalu ilmu tersebut diamalkannya dan disebarkannya kepada orang lain, dan dengan demikian dirinya menjadi tenang dan tenteram dan orang lain juga mendapat manfaatnya.

Mereka tidak ubahnya seperti bahagian tanah yang menerima air hujan. Tanah tersebut akan menjadi subur dan akan tumbuh diatasnya pohon-pohonan dan rumput yang subur dan berguna untuk makhluk lain.

TANAH KERAS BERLEKAK-LEKUK:

Baginda juga menyerupakan orang yang mahu menerima pengajaran daripada beliau dan disebarkannya kepada orang lain tetapi sayangnya dia sendiri tidak tafaqquh fiddin (tidak berusaha untuk mendalami agamanya) dan tidak mengamalkan ajaran tersebut dalam kehidupannya sehari hari.

Manusia jenis ini pula tidak ubahnya seperti bahagian tanah yang keras tetapi berlekak-lekuk, ia hanya mampu menakung air hujan tetapi tidak menyerap airnya, tidak ada pohon dan rumput yang tumbuh kerana keras permukaannya. Makhluk lain dapat mengambil manfaat daripada air yang ditakungnya itu, samada untuk minum, berwuduk, mandi, berkubang, menyirami tanaman dan lain-lain. Mereka tidak ubahnya bagaikan lilin, yang menerangi persekitarannya tetapi ia memusnahkan dirinya sendiri.

TANAH YANG DATAR LAGI KERAS:

Selanjutnya baginda menyerupakan orang yang menolak ajaran yang beliau bawa dan tidak pula berusaha memahaminya seperti tanah yang keras. Sudahlah tidak mahu menerima air hujan, malahan menakungnya pun tidak. Maknanya selain ia tidak dapat memberi manfaat kepada orang lain, malahan dirinya sendiripun tidak mendapat manfaat.

Semoga kita semua termasuk kedalam kelompok pertama iaitu: ‘Alim (berilmu), ‘Amil (beramal), Mu’allim (mengajar orang lain) Kita bersedia menerima apa saja yang datang dari Rasulullah SAW., kita berusaha sekuatnya untuk tafaqquh fiddin (mendalami segala selok-belok ajarannya), kita mengamalkannya dalam kehidupan kita sehari-hari, dan selanjutnya hidayah tersebut kita sebarkan semampu yang boleh kepada orang lain supaya kewujudan (existensi) kita di muka bumi ini memberi manfa’at kepada mereka, terutama sekali di dalam keluarga dan kerabat sendiri.

Jika usaha kearah itu telah wujud pada seseorang, itu bermakna Allah menghendaki agar ia menjadi orang yang baik. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW.:

مَنْ يُرِدِ اللهُ بِـهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِى الدِّيْنِ

Ertinya. Barangsiapa yang Allah inginkan agar ia menjadi orang yang baik, maka Allah akan tafaqquhkan dia dalam (urusan) agama.
(Hadis Sahih, Muttafaq 'Alaihi)

Orang yang paling mulia disisi Allah adalah orang yang tafaqquh dalam agamanya. Ini berdasarkan sabda Rasul SAW.:

Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW pernah ditanya: Siapakah orang yang paling mulia? Jawab baginda: Orang yang paling bertaqwa. Kata mereka: Bukan tentang ini yang kami tanyakan. Baginda menjawab: Manusia yang paling mulia ialah Nabi Allah bin Allah Nabi Allah bin Khalil Allah iaitu Yusuf bin Ya'qub bin Ishak bin Ibrahim SAA. Kata mereka : Bukan tentang ini yang kami tanyakan. Jawab Nabi saw: Oh kalau begitu, tentang siapakah orang Arab yang paling mulia yang kamu ingin tanyakan kepadaku? Sesungguhnya orang paling mulia dikalangan kamu pada masa jahiliyah, dia jugalah yang paling mulia diantara kamu di dalam Islam sekiranya dia tafaqquh fiddin. (Hadis Sahih Riwayat Bukhari)

Dalam hal ini cuba kita renung sejenak tentang Saidina Umar Ibnu Al Khattab RA. Beliau adalah orang yang paling disegani dan paling digeruni semasa jahiliyahnya. Demikian juga setelah beliau memeluk Islam, beliau tetap disegani dan ditakuti hatta oleh syaitan.

Apakah rahsianya Saidina Umar Ibnu Al Khattab RA boleh mencapai tahap tersebut? Jawapannya tidak lain ialah kerana beliau benar-benar tafaqquh fiddin. Sungguh banyak I’tibar (pengajaran) yang dapat kita ambil daripada kisah beliau. Di antaranya, kisah tentang beliau berkata dengan Hajar Al Aswad, kisah beliau tidak memotong tangan pencuri kerana terlalu fakir, kisah beliau memotong kedua-dua tangan pencuri kerana telah berdusta atas nama Allah, kisah beliau merubah destinasi setelah mendapat berita wabak taun di negeri yang akan dituju, kisah tentang beliau hijrah dan lain-lain. Beliau dikenal sebagai khalifah yang paling adil.

Mukmin yang tafaqquh fiddin memang lebih ditakuti oleh syaitan dibandingkan dengan orang yang banyak beribadah tetapi jahil tentang selok belok agama. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW.:

فَقِيْهٌ وَاحِدٌ أَشَدُّ عَلَى الشَّيْطَانِ مِنْ أَلْفِ عَـابِدٍ

Ertinya: Seorang Faqih (orang yang tafaqquh fiddin) adalah lebih digeruni oleh syaitan daripada seribu orang 'Abid (orang yang banyak beribadat).
(H. Tarmidzi, Ibnu Majaah dan Al Baihaqy)

Omar Ibnu Al Khattab RA berkata:

Ertinya: Kematian seribu orang yang banyak beribadah malam dan berpuasa siang harinya adalah lebih ringan daripada kematian seorang yang berakal lagi memahami tentang hukum Allah, halalnya dan haramnya.

Ibnu Abbas berkata: Para syaitan berkata kepada Iblis: Wahai tuan kami, mengapa kelihatannya tuan sangat gembira dengan kematian seorang 'Alim, tetapi tidak begitu gembira dengan kematian seorang 'Abid ?

Ibadah yang paling tinggi nilainya disisi Allah adalah tafaqqud fiddin. Rasulullah SAW. bersabda:

خَيْرُ دِيْنِكُمْ أَيْسَرُهُ وَخَيْرُ الْعِبَادَةِ الْفِـقْهُ

Ertinya: Sebaik-baik agama kamu ialah yang paling mudah, dan sebaik-baik ibadah ialah Al Fiqh (memahami agama).

(Hadis Riwayat Imam Bukhari)

Daripada Saidina Ali Bin Abi Talib RA, bahawa Nabi saw bersabda:

أَلاَ أُنَبِّئُكُمْ بِالْفَقِيْهِ كُلَّ الْفَقِيْهِ ؟ قَالُوا بَلَى ، قَـالَ : مَنْ لَمْ يُقْنِطِ النَّـاسَ مِنْ رَحْمَةِ اللهِ وَلَمْ يُئَيِّسْهُمْ مِنْ رَوْحِ اللهِ وَلَمْ يُؤَمِّنْهُمْ مِنْ مَكْرِ اللهِ وَلاَ يَدَعُ الْقُرْآنَ رَغْبَةً عَـنْهُ إِلَى مَـا سِوَاهُ ، أَلاَ لاَ خَيْرَ فِى عِبَـادَةٍ لَيْسَ فِيْهَا تَفَقُّهٌ ، وَلاَ عِلْمٍ لَيْسَ فِـْيهِ تَفَهُّمٍ وَلاَ قِرَاءَةٍ لَيْسَ فِيْهَا تَدَبُّـرٍ .

Mahukan, kamu aku khabarkan tentang orang yang paling faqih. Jawab para sahabat: baiklah. Sabda Nabi: Iaitu orang yang tidak suka membuat manusia putus asa akan rahmat Allah, dan dia tidak menenteramkan manusia daripada pembalasan Allah, dan dia tidak benci kepada Al Quran. Ketahuilah olehmu : Tidak ada kebaikan pada ibadah tanpa tafaqquh, dan tidak ada (kebaikan) pada ilmu tanpa kefahaman, dan tidak ada (kebaikan) pada bacaan Al Quran tanpa tadabbur (penghayatan). (Dari Saidina Ali).

Rujukan:

  1. Syarhus Sunnah - vol. I - Al Bagawy
  2. Riyadhus Shalihin - An Nawawy
  3. Jaami'u Bayanil 'Ilmy Wa Fadhlih - Al Qurthuby

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

HADIS 4

Hijrah Dari Muqallid Kepada Muttabi'

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَفْضَلُ الْمُهَاجِرِيْنَ مَنْ هَهَجَر مَـا نَهَى اللهُ تَعَـالَى عَنْهُ

(رَوَاهُ الطَّبَرَانِى وَصَحَّحَهُ الْبَـانِى)

Dari Abdullah Bin ‘Umar (RA) katanya: Telah bersabda Rasulullah saw: " Sebaik-baik orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah SWT. "
(Hadis Riwayat al Tabarany dan Sahih menurut Syekh Nashiruddin Al Albany)

SYARAH AL HADIS:

" Hijrah " menurut bahasa ialah: Meninggalkan yang pertama untuk menuju kepada yang kedua. Walaupun pada asalnya hijrah yang dimaksudkan ialah perpindahan Rasulullah SAW dari kota Makkah ke kota Yatsrib (Madinah), namun perpindahan (hijrah) yang digalakkan dalam Islam bukan hanya terbatas pada perpindahan dari satu negeri ke negeri yang lain.

Malahan hijrah yang paling terpuji adalah justeru " Hijrah Sikap " daripada sikap yang negatif kepada sikap yang positif, hijrah daripada sifat yang tercela (madzmumah) kepada sifat yang terpuji (mamduhah).

Umpamanya perubahan sikap daripada pemalas kepada rajin bekerja, daripada syirik kepada tauhid, daripada amalan bid'ah kepada sunnah, daripada kebodohan kepada ilmu pengetahuan, daripada derhaka kepada orang tua kepada taat dan bersopan santun kepada mereka, daripada suka melihat cela orang lain kepada suka melihat cela diri sendiri, daripada riak jika beramal kepada ikhlas semata-mata kerana Allah, daripada beramal hanya ikut-ikutan (taqlid) kepada beramal dengan berdasarkan ilmu (ittiba'), daripada hanya memikirkan bekalan untuk hidup selesa di dunia kepada juga memikirkan bekalan yang bakal dibawa untuk akhirat negeri yang kekal abadi.

Rasulullah SAW. menyimpulkan di dalam hadisnya diatas bahawa orang-orang yang berhijrah yang paling afdhal (paling baik) adalah justeru orang-orang yany dapat meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah SWT.

Jadi jelaslah daripada hadis ini bahawa hijrah yang paling baik menurut Islam adalah Hijrah Sikap yakni perubahan sifat kearah lebih mentaati dan mematuhi Allah SWT iaitu dengan melaksanakan segala suruhannya dan menjauhi segala larangannya.

MUQALLID DAN MUTTABI':

Muqallid berasal dari kata " taqlid " iaitu mengikuti secara membuta tuli tanpa ilmu pengetahuan. Kalau ada orang yang menyuruh atau mengajarnya sesuatu ajaran atau amalan lalu ia terus mengikutinya tanpa usul periksa, apakah ada dalilnya dari Al Quran ataupun Hadis Nabi SAW ataupun tidak. Ataupun sekadar melihat orang ramai (mejoriti) mengamalkan suatu amalan lalu ia tanpa usul periksa mengikuti saja kehendak orang ramai itu. Jadi ringkasnya taqlid maknanya mengikuti tanpa ilmu.

Jadi " Muqallid ", ertinya orang yang bertaqlid. Ini sebagaimana istilah Muslim diambil daripada kata Islam, dan Mukmin daripada kata Iman dan Muhsin daripada kata Ihsan, Mukhlis daripada kata Ikhlas dan lain lain lagi.

Adapun Muttabi’ pula berasal dari kata " Ittiba’ " iaitu mengikuti seseorang dengan ilmu pengetahuan. Dan Muttabi' ertinya orang yang mengikuti berdasarkan hujjah atau dalil. Muttabi' adalah lawan daripada Muqallid.

TAQLID DAN ITTIBA':

Islam adalah agama yakin bukan agama sangkaan. Islam agama ilmu, bukan agama warisan atau ikut ikutan. Maka atas dasar inilah mengapa Islam sangat melarang umatnya mengamalkan sikap taqlid secara membuta tuli dan sebaliknya menganjurkan umatnya agar ittiba' kerana ittiba' maknanya mengikuti dengan penuh kesedaran.

Ayat pertama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. iaitu " Iqra’ " (bacalah) mengisyaratkan agar kita umat Islam hendaklah banyak membaca , banyak menyelidik dan menimba ilmu pengetahuan. Setiap individu Muslim mestilah rajin membaca, bukan sekadar menerima atau menampung hasil bacaan orang lain. Lebih-lebih lagi dalam hal yang ada kaitannya dengan selok belok agama Islam. Rasul saw bersabda:

مَنْ يُرِدِ اللهُ بِـهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِى الدِّيْنِ

Barangsiapa yang Allah menginginkan agar ia menjadi orang yang baik-baik, nescaya Allah akan dorongkan dia agar memahami selok belok agamanya. (Hadis Sahih, Muttafaq 'Alaih)

Kita memang disuruh agar mematuhi apa yang kita dengar. Tetapi ini tidak bermakna kita mesti mengikuti semua apa yang kita pernah dengar. Kita mestilah seleksi atau saring terlebih dahulu apa saja yang kita dengar sebelum kita mengamalkannya. Allah mengisyaratkan hakikat ini di dalam Al Quran:

فَبَشِّرْ عِبَادِ(17) الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ أُولَئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ وَأُولَئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ (18)

"Sebab itu sampaikanlah berita gembira itu kepada hamba-hamba-Ku, yang mendengarkan perkataan, lalu mengikuti apa yang paling baik diantaranya. Mereka itulah orang orang yang telah diberi Allah petunjuk (hidayah) dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal". (Az Zumar: 17-18)

Ayat diatas menyimpulkan bahawa ada dua sifat yang mesti dimiliki oleh seseorang agar ia mendapat busyra (berita gembira), hidayah (petunjuk) dan tergolong kedalam golongan ulul-albab (orang yang berakal)' iaitu:

  1. Gemar mendengar
  2. Ittiba' (mengikuti) mana yang lebih baik iaitu mengikuti dalil-dalil yang pasti dari Al Quran dan Al Hadis.

Allah SWT menceritakan tentang penyesalan orang-orang derhaka di dalam neraka:

(وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ(10

Dan mereka berkata: "Kalaulah (dulu di dunia) kami mahu mendengarkan dan menggunakan akal kami (terhadap peringatan itu), sudah tentu kami tidak akan di masukkan kedalam neraka yang bernyala-nyala". ( Al Mulk: 10)

Dan berdasarkan ayat ini pula dapat disimpulkan bahawa hanya sekadar mendengar peringatan saja belum cukup agar seseorang terhindar daripada neraka, tetapi ia juga mestilah memikirkan dan menggunakan akal dalam hidup ini.

Diantara contoh manusia yang tidak menggunakan akal sewajarnya dalam kehidupan ini , antaranya ialah:

Dan ditinjau dari sudut lain pula Allah SWT menyuruh orang yang belum tahu iaitu orang awam agar bertanya sekiranya mereka masih belum mengetahui. Hanya saja, kepada siapakah semestinya mereka bertanya? Cuba renungkan ayat ini:

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ(43)

"Maka bertanyalah kamu kepada "Ahlaz Zikr " sekiranya kamu tidak tahu". (Surah An Nahl: 43)

Ahlaz Zikr ertinya orang yang mahir dalam ilmu Wahyu iaitu Al Quran, kerana Zikir di sini maksudnya Al Quran, bukan orang-orang yang banyak berfikir. Dan untuk memperkuat hujjah ini cuba perhatikan ayat dibawah ini:

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ(9)

"Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al-Zikr, dan sesungguhnya Kami-lah yang akan memeliharanya". (Surah Al Hijr: 9)

Jadi tidak diragukan lagi bahawa Ahluz Zikr diatas maksudnya ialah ulama yang mahir dalam ilmu Al Quran dan Al Hadis. Ini tidak bererti kita menafikan kepakaran seseorang dalam cabang-cabang ilmu pengetahuan tertentu seperti Geography, Matematik, Komputar dan sebagainya. Dalam hal keduniaan kita mestilah merujuk kepada pakar dalam bidang masing-masing.

Tetapi dalam hal yang bersangkutan dengan agama, kita mestilah merujuk kepada orang yang boleh memahami wahyu Allah SWT, samada Al Quran mahupun Hadis Rasul-Nya. Sebab walaupun ulama adalah pewaris para Nabi, tetapi bukanlah ulama namanya sekiranya mereka sendiri tidak dapat memahami kehendak Allah SWT dan Nabi-Nya SAW. Barangkali inilah rahsianya mengapa Nabi SAW. hanya memberi jaminan kepada umatnya bahawa dengan berpandukan Al Quran dan Al Hadis mereka akan terhindar daripada segala bentuk kesesatan.

Kita umat Islam disuruh agar patuh kepada Allah, Rasul dan Ulil Amri. Ulil Amri ada dua iaitu umaraa’ iaitu pemimpin keduniaan, dan ‘ulamaa’ iaitu pemimpin keagamaan. Tetapi kepatuhan kita kepada Ulil Amri adalah bersyarat, iaitu selagi perintah mereka tidak bercanggah dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya. Malahan sekiranya kita berselisih pendapat dalam sesuatu perkara maka kita mestilah mengembalikan perkara yang diperselisihkan itu kepada Allah dan Rasul-Nya saja bukan kepada Ulil Amri. Cuba renungkan ayat ini:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا(59)

" Wahai orang-orang yang beriman patuhilah Allah, dan patuhilah Rasul, dan ULIL-AMRI (pepimpin kamu). Sekiranya kamu berselisih pendapat dalam sesuatu perkara maka kembalikanlah dia kepada Allah dan rasul-Nya, sekiranya kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya". (An Nisa: 59)

TILAWAH DAN QIRAAH:

Walaupun tilawah dan qiraah mempunyai persamaan makna iaitu membaca namun Tilawah mempunyai makna lebih secara tersirat yang tidak terdapat didalam Qiraa-ah. Qiraa-ah bermaksud membaca apa saja dan pembaca pula mempunyai pilihan, apakah ia mahu mengikuti apa yang dibacanya ataupun tidak, seperti membaca surat khabar, majalah dan sebagainya. Sedangkan tilawah bermaksud membaca sesuatu, tetapi pembaca tidak mempunyai alternatif atau hak memilih terhadap kandungan yang dibacanya.

Dengan kata lain si pembaca wajib mengikutinya saja iaitu ittiba’. Maka terhadap suruhan yang terkandung didalamnya dia wajib melaksanakannya dan terhadap larangan yang dikandungnya dia haram melanggarnya. Oleh sebab itu, tilawah adalah istilah khas untuk Al Quran. Dan atas dasar inilah para mufassirin yakni pakar tafsir Al Quran selalu mengertilah Tilawah Al Quran dengan maksud Ittiba’ Al Quran yang ertinya mengikuti ajaran Al Quran. Dan barangkali inilah yang dimaksudkan oleh Nabi SAW. di dalam salah satu hadisnya: Berapa banyak orang yang membaca Al Quran, tetapi Al Quran mengutuknya. Dan sabdanya lagi:

أَلاَ لاَ خَيْرَ فِى عِبَـادَةٍ لَيْسَ فِيْهَا تَفَقُّهٌ ، وَلاَ عِلْمٍ لَيْسَ فِـْيهِ تَفَهُّمٍ .وَلاَ قِرَاءَةٍ لَيْسَ فِيْهَا تَدَبُّـرٍ

Ketahuilah olehmu: Tidak ada kebaikan pada ibadah tanpa tafaqquh, dan tidak ada (kebaikan) pada ilmu tanpa kefahaman, dan tidak ada (kebaikan) pada bacaan Al Quran tanpa tadabbur (penghayatan). (Dari Saidina Ali).

 

 

MUSLIM TETAPI MEMILIKI SIFAT ORANG KAFIR:

Sungguh banyak ayat-ayat di dalam Al Quran yang melarang kita bertaqlid. Kita disuruh supaya senantiasa bersama dan membela al-haq yakni kebenaran. Dan al-haq ialah segala yang datang daripada Allah yang dibawa oleh Rasul-Nya saw. Allah berfirman:

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ(147)

"Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali kali kamu termasuk orang-orang yang ragu". (Al Baqarah: 147)

Allah SWT menceritakan di dalam Al Quran tentang sikap dua jenis orang-orang kafir:

لَمْ يَكُنِ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ مُنْفَكِّينَ حَتَّى تَأْتِيَهُمُ الْبَيِّنَةُ(1) رَسُولٌ مِنَ اللَّهِ يَتْلُو صُحُفًا مُطَهَّرَةً (2)

"Orang-orang kafir iaitu Ahli Kitab dan orang-orang Musyrik (mengatakan bahawa mereka) tidak akan meninggalkan (agamanya) sebelum datang kepada mereka bukti yang nyata, (iaitu) seorang Rasul dari Allah (Muhammad) yang membacakan lembaran-lembaran yang disurikan (Al Quran)". (Surah Al Bayyinah: 1-2)

Ayat diatas menyatakan bahawa orang kafir terbagi kepada dua jenis:

Kedua dua golongan kafir diatas masing masing berjanji akan meninggalkan keyakinan dan kefahaman mereka masing-masing sekiranya datang kepada mereka bayyinah yakni bukti. Apakah yang dimaksudkan itu dengan bukti itu?

Allah swt menafsirkan bayyinah itu pada ayat berikutnya iaitu Rasul daripada Allah yakni Nabi Muhammad saw yang bertugas membacakan (tilawah) kitab suci Al Quran. Namun demikian, bagaimanakah sikap kedua-dua jenis orang kafir tersebut setelah kedatangan Nabi Muhammad saw.? Dan apakah motif yang menyebabkan mereka menolak ajaran Rasulullah saw. Berdasarkan fakta sejarah, mungkin motif penolakan mereka dapat kita simpulkan sebagaimana berikut:

Ahli Kitab menolak kebenaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw kerana baginda tidak sebangsa dan tidak sesuku dengan mereka, baginda saw orang Arab , bukan bukan Bani Israil. Menurut dakwaan Ahli Kitab hanya Bani Israil yang layak menjadi rasul kerana mereka bangsa yang paling mulia disisi Allah.

Musyrikin pula menolak kebenaran yang baginda bawa ialah kerana baginda telah membawa ajaran yang bercanggah dengan ajaran yang mereka warisi dari nenek moyang mereka. Ini sebagaimana yang diceritakan oleh Allah:

وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَا أَلْفَيْنَا عَلَيْهِ ءَابَاءَنَا أَوَلَوْ كَانَ ءَابَاؤُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ شَيْئًا وَلَا يَهْتَدُونَ (170)

"Dan apabila dikatakan kepada: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah, mereka menjawab:" "Tidak", tetapi kami hanya akan mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". (Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk ? (Al Baqarah: 170)

Demikianlah Allah menggambarkan sikap orang-orang kafir yang enggan menerima kebenaran yang dibawa oleh Rasul-Nya. Oleh sebab itu jika ada dikalangan umat Islam yang terlalu memandang suku atau bangsa sehingga mereka enggan menerima sesuatu kebenaran, maka sebenarnya pada diri Muslim tersebut telah meresap sifat Ahli Kitab diatas.

Dan sekiranya mereka menolak suatu kebenaran yang disampaikan hanya kerana ajaran tersebut bercanggah dengan adat istiadat nenek moyang yang sudah turun-temurun diamalkan dalam masyarakatnya, maka sebenarnya pada diri Muslim berkenaan telah wujud sifat Musyrikin diatas.

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا أُولَئِكَ هُمْ شَرُّ الْبَرِيَّةِ (6)

"Sesungguhnya orang-orang kafir iaitu Ahli Kitab dan Musyrikin (akan masuk) ke neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya, mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk". (Al Bayyinah: 6)

HADIS 5

Bahaya Hasad Dan Cara Mengubatinya

عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّـهُ قَالَ: لاَ تَبَاغَضُوا وَلاَ تَقَاطَعُوا وَلاَ تَحَاسَدُوا وَلاَ تَدَابَرُوا ، كُوْنُوا عِبَـادَ اللهِ إِخْوَانًـا.

(رَوَا هُ الْبُخَـارِى وَمُسْلِمٌ)

Dari Nabi SAW, sabdanya: Janganlah kamu saling membenci, dan janganlah kamu saling memutuskan silaturrahim, dan janganlah kamu saling berdengkian (hasad), dan janganlah kamu saling membelakang (tidak berteguran), jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.

(H.R Bukhari dan Muslim)

SYARAH AL HADIS:

Salah satu larangan keras baginda Rasul SAW dalam hadis diatas ialah agar kita jangan saling berdengkian (hasad). Hasad adalah dosa pertama diatas muka bumi kerana sifat buruk inilah yang mendorong Iblis enggan sujud kepada Nabi Adam AS. Dan sifat tercela ini jugalah yang mendorong terjadinya pembunuhan pertama diatas muka bumi antara Qabil dan Habil, dan yang mendorong Abu Jahal enggan mengakui kerasulan Nabi Muhammad SAW.

MAKNA HASAD:

Jika seseorang mendapat nikmat, maka kita yang melihat dan mengetahui keadaan itu akan berada diantara dua keadaan:

  1. Jika kita benci dengan nikmat yang diperolehinya. Lalu kita menginginkan agar nikmat tersebut luput (hilang) daripadanya, sama ada agar nikmat itu berpindah kepada kita ataupun tidak. Inilah yang dinamakan dengan hasad.
     
  2. Jika kita tidak benci terhadap nikmat yang diperolehinya dan tidak pula mengharapkan agar ia hilang daripadanya. Tetapi sebagai manusia biasa kita menginginkan agar kita juga memiliki nikmat seumpama itu. Inilah yang disebut dengan ghibtah yakni iri hati.

HUKUM HASAD:

Hukum hasad adalah haram yakni dosa, sedangkan ghibtah pula adalah dibolehkan dan terpuji. Dan barangkali inilah yang dimaksudkan oleh Nabi SAW.:

لاَ حَسَدَ إِلاَّ فِى اثْنَتَيْنِ : رَجُلٍ آتَاهُ اللهُ مَـالاً فَسَلَّطَهُ عَلَى هَلَكَتِهِ فِى الْحَقِّ ، وَرَجُلٍ آتَـاهُ اللهُ عِلْمًا فَهُوَ يَعْمَلُ بِهِ وَيُعَلِّمُهُ النَّـاسَ ( مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ)

Ertinya: Tiada hasad (yang dibolehkan) kecuali pada dua perkara, iaitu: terhadap seseorang yang Allah anugerahkan harta, lalu ia gunakan harta tersebut pada jalan kebenaran, dan terhadap seseorang yang dianugerahkan ilmu, lalu ia amalkan ilmu tersebut serta diajarkannya kepada manusia lain. (H.R Bukhari dan Muslim).

SEBAB-SEBAB HASAD:

Sungguh banyak faktor yang menyebabkan seseorang bersifat hasad (dengki), antaranya yang terpenting:

  1. 'Adaawah (permusuhan).
  2. Takabbur (sombong).
  3. Ta'azzuz (benci jika ada orang lain yang dapat mengatasinya)
  4. Bakhil (lokek).
  5. Khubthun Nafsi (busuk hati).
  6. Hubbul Jaah (gila kuasa).

BAHAYA HASAD:

Sifat hasad termasuk kedalam salah satu penyakit hati yang terbesar. Hasad bukan saja dapat membinasakan dunia seseorang, tetapi juga akhiratnya. Dan diantara bahayanya:

بَـارَكَ اللهُ فِيْكَ

Semoga Allah memberkati engkau

إِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَـأْكُلُ النَّـارُ الْحَطَبَ

Sesungguhnya hasad memakan amal baik sebagaimana api makan kayu api. (H.R Ibnu Majah).

HASAD, GHIBTHAH, MUNAAFASAH.

Tiga istilah diatas hampir bersamaan maknanya. Tetapi sebenarnya masing masing mempunyai makna tersendiri:

·         HASAD (DENGKI): Engkau suka jika hilang nikmat dari saudaramu seagama tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarat (agama). Hukumnya adalah haram. 

·         GHIBTHAH (IRI HATI ): Engkau menginginkan suatu nikmat seperti nikmat yang diperolehi oleh saudaramu, tetapi engkau sendiri tidak pula menginginkan agar nikmat tersebut hilang daripada saudaramu itu. Sikap ini adalah terpuji (mahmudah).

·         MUNAAFASAH (KOMPETISI): Engkau berusaha keras untuk mencapai sesuatu sebagaimana yang telah dicapai oleh rakanmu seagama, atau engkau bekerja keras kerana ingin mengatasi pencapaian saudaramu. Hanya saja sikap ini hanya diperbolehkan dalam batas batas kemampuan manusia. Oleh sebab itu kadang kadang kompetisi ini hukumnya wajib, iaitu jika berkompetisi (berlumba-lumba) menjauhi perkara maksiat dan berlumba-lumba melakukan perkara-perkara wajib. Kadang-kadang hukumnya hanya sunat, seperti berlumba-lumba meninggalkan perkara-perkara makruh atau melakukan amalan sunat. Dan kadang kadang hukumnya hanya mubah (boleh) iaitu seperti berlumba-lumba dalam perkara mubah seperti dalam bidang pertanian, perindustrian, penemuan-penemuan baru dan lain sebagainya.

CARA MENGUBATI HASAD:

Hasad adalah penyakit hati yang amat berbahaya. Penyakit-penyakit hati tidak mungkin diubati melainkan dengan dua cara iaitu ilmu dan amal.

ILMU:

Ilmu yang berguna untuk mengubati penyakit hasad ialah kesedaran atau pengetahuan kita tentang hakikat dibawah ini, bahawa:

AMAL:

Adapun amal yang berguna untuk mengubati sifat hasad ialah memaksa dirinya melakukan sesuatu yang bercanggah dengan kehendak hatinya yang hasad itu. Oleh itu sekiranya timbul rasa benci dan dendam kepada orang yang didengkinya, maka ketika itu hendaklah ia memuji dan ucapkan tahniah kepadanya. Dan sekiranya timbul perasaan takabbur atau sombong atau ego kepada orang yang didengkinya, maka ketika itu hendaklah ia bersikap tawaadhu' (rendah diri). Dan sekiranya timbul perasaan ingin menahan suatu pemberian kepadanya, maka ketika itu tambahlah pemberian kepadanya melebihi daripada biasa.

Diriwayatkan bahawa Salafus Salih jika mereka mengetahui ada orang yang dengki, mengumpat atau memfitnah mereka, maka mereka segera kirimkan hadiah kepada orang tersebut sebagai tanda terima kasih diatas jasa baik mereka itu.

أَكْـَثَر اللهُ حُسَّـادَكَ

Semoga Allah memperbanyak orang hasad kepadamu

Ini adalah pepatah atau bidalan orang-orang Arab. Ungkapan ini sepintas lalu seperti tidak baik kedengarannya kerana kandungannya seolah-olah kita berdoa agar Allah menambah bilangan orang yang hasad kepadanya. Tetapi sebenarnya kandungan ungkapan ini adalah baik kerana kita berdoa kepada Allah agar ia menjadi orang yang baik.

Mengapa demikian? Kerana hasad biasanya tidak akan menimpa seseorang melainkan jika orang dihasadkan tersebut mendapat ni’mat. Hasad biasanya menimpa seseorang kerana ketinggian pangkatnya dan biasanya bukan kerana kerendahan pangkatnya atau kerana kekayaannya dan bukan kerana kefakirannya atau kerana kepintarannya dan bukan kerana kebodohannya atau kerana banyak pengikutnya bukan kerana sedikit pengikutnya atau kerana kemajuannya dan bukan kerana kemerosotannya atau kerana keberaniannya bukan kerana ketakutannya atau kerana kefasihannya dan bukan kerana kebebalannya atau kerana kemuliaannya dan bukan kerana kerendahannya dan lain lain.

Dan ditinjau dari sudut lain pula, kelak orang yang didengki di dunia ini akan mendapat banyak pulangan pahala di akhirat dari orang-orang yang mendengkinya. Dan semakin banyak orang yang dengki kepadanya adalah justeru lebih baik.

Yang mustahak, marilah kita berusaha menegakkan kebenaran diatas muka bumi ini. Kita mesti menentang segala bentuk kesyirikan, khurafat dan bid'ah. Kita mesti tabah menghadapi kedengkian pihak pihak tertentu yang barangkali merasakan dirugikan kerana ajaran yang kita bawa.

Sebenarnya kalaulah atas dasar kebenaran dari Allah dan Rasul-Nya yang kita sebarkan akhirnya menimbulkan kedengkian orang, maka kita sepatutnya alu-alukan kedengkian itu. Malahan semakin banyak jumlahnya adalah semakin baik supaya besar pula pulangannya di akhirat nant

 

 

 

 

 

HADIS 6

Tanda Mendapat Kasih Sayang Allah

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ اللهَ تَعَالَى قَالَ: مَنْ عَادَى لِيْ وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْـتُهُ بِالْحَرْبِ ، وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِى بِشَيْئٍ أَحَبُّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْـتُهُ عَلَيْهِ ، وَلاَ يَزَالُ عَبْدِى يَتَقَرَّبٌ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبُّهُ ، فَـإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِى يَسْمَعُ بِهِ ، وَبَصَرَهُ الَّذِى يُبْصِرُ بِهِ ، وَيَدَهُ الَّتِى يَبْطِشُ بِهَا ، وَرِجْلَهُ الَّتِى يَمْشِى بِهَا ، وَلَئِنْ سَأَلَنِى لأُعْطِيَنَّهُ ، وَلَئِنِ اسْتَعَاذَنِى لأُعِيْذَنَّـهُ .

(رَوَاهُ الْبُخَارِى)

Dari Abi Hurairah RA katanya, telah bersabda RasuLullah saw : Sesungguhnya Allah swt telah berfirman: Barangsiapa yang menyakiti wali-Ku , maka Aku isytiharkan perang kepadanya. Tidaklah hamba-Ku mendekati-Ku dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada dia mengerjakan apa yang Aku telah fardhukan keatasnya. Dan sentiasalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan melakukan yang sunat sehingga Aku cinta kepadanya. Maka apabila Aku telah mencintainya, adalah Aku-lah yang menjadi pendengarannya yanq ia mendengar dengannya, dan penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan tangannya yang ia tamparkan dengannya, dan kakinya yang ia berjalan dengannya; Dan sesungguhnya, jika ia meminta kepada-Ku, nescaya Aku berikan kepadanya; Dan sesunggunya, jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku berikan perlindungan kepadanya.

( Hadis Qudsi – Riwayat Imam Bukhari )

SYARAH AL HADIS:

Barangsiapa yang menyakiti Wali-Ku, maka sesungguhnya Aku mengisytiharkan perang kepadanya.

Wali menurut bahasa ertinya qarib yakni dekat. Jadi Wali Allah ialah orang yang sentiasa bertaqarrub (mendekatkan dirinya) dengan Allah. Dan atas sebab maka itulah Imam An Nawawy mengertikan Wali Allah disini ialah orang yang beriman (mukmin). Jadi mukmin yang tekun beribadat lagi tabah dalam mentaati Allah, melaksanakan suruhan-Nya dan menjauhkan dirinya daripada maksiat serta tidak terlalu mementingkan kesedapan duniawi, inilah yang disebut dengan Wali Allah.

Golongan inilah yang cuba dijelaskan oleh Rasulullah kepada Saidina Omar Ibnu Al Khattab RA dalam dialog mereka:

Rasul: Para Nabi dan para syuhada akan cemburu kepada segolongan hamba Allah kelak diakhirat kerana kedudukan mereka yang tinggi di sisi Allah padahal mereka bukan para Nabi.

Omar: Siapakah mereka wahai Rasul?

Rasul: Mereka ialah satu kaum yang saling mengasihi sesama mereka semata-mata kerana Allah, bukan kerana hubungan silaturrahim atau kerana harta. Demi Allah, sesungguhnya wajah mereka bercahaya, mereka memiliki beberapa mimbar yang bercahaya. Mereka tidak takut dikala manusia lain merasa takut, dan mereka tidak sedih dikala manusia lain merasa sedih.

Lalu Rasulpun membaca ayat 62-63 dari surah Yunus:

أَلَا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ(62)  الَّذِينَ ءَامَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ(63)

Maksudnya: Ingatlah, sesungguhnya Wali Wali Allah itu tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. (Yunus: 62-63)

Berdasarkan ayat dan hadis diatas dapatlah disimpulkan:

Atas sebab inilah jika sesiapa yang memusuhi Wali Wali Allah iaitu mukmin yanq bertaqwa maka itu bererti ia memusuhi Allah dan Allah maklumkan perang kepada orang tersebut.

Setelah Allah swt menjelaskan amaran-Nya terhadap orang yang memusuhi dan membenci Wali-Nya, lalu selanjutnya Allah menyebut pula beberapa sifat yang dimiliki oleh Wali-Nya yang kerana sifat-sifat itulah menjadikan mereka hampir dengan-Nya.

Tidaklah hamba-Ku mendekati-Ku dengan sesuatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada ia melakukan apa yang telah difardhukan keatasnya.

Amalan fardhu: Segala amalan yang wajib dilaksanakan oleh hamba. Amalan wajib adalah asas, sedangkan amalan sunat pula adalah binaan. Kekukuhan binaan sangat tergantung kepada kemantapan asas. Setiap mukmin dikehendaki supaya menyediakan asas sebelum mendirikan binaan. Dengan kata lain mukmin mestilah mengutamakan amalan wajib sebelum ia melakukan amalan sunat. Atas dasar itulah maka amalan wajib adalah amalan yang paling disukai dan dicintai oleh Allah swt.

Dan sentiasalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan melakukan amalan sunat sehingga Aku cinta kepadanya.

Amalan Sunat (An Nawaafil): Selain amalan yang dlfardhukan. Dan dengan amalan tersebut menjadikan seseorang lebih dicintai dan dikasihi oleh Allah swt. Adapun amalan sunat yang paling istimewa dan disukai oleh Allah ialah tilawah Al Quran, mendengarnya, memahami atau menghayati (tadabbur) maknanya. Ini disebabkan biasanya tidak ada yang paling manis bagi orang yanq sedang bercinta melainkan ingat dan mengulang ulangi kata-kata orang yang dicintainya.

Rasulullah SAW. bersabda: Tidak ada y\ang dapat mengimbangi dalam mendekatkaan dirimu kepada Allah daripada apa yang keluar daripada-Nya (yakni Al Quran). (HR Tarmidzi dari Abi Umamah)

Othman Ibnu Afan berkata: Sekiranya hatimu benar-benar bersih nescaya kamu tidak akan merasa kenyang daripada Kalam Tuhanmu.

Jadi berdasarkan keterangan diatas jelaslah bahawa Wali Allah itu terbagi kepada dua darjat:

  1. Mukmin yang mendekatkan dirinya kepada Allah SWT hanya dengan melakukan amalan fardhu saja dan menjauhkan diri dari perkara haram. Mereka inilah golongan Muqtasidun atau Ashaabul Yamin atau Al Abraar. Dan amal badan yang fardhu yang paling istimewa adalah solat kerana ketika itu Allah sangat hampir dengannya terutama ketika ia sedang sujud. Allah berfirman: Wasjud Waqtarib ( Al ‘Alaq : 19 ) 
  2. Mukmin yang mendekatkan dirinya kepada Allah bukan hanya sekadar melakukan amalan fardhu tetapi juga memperbanyak amalan nawaafil yakni amalan sunat dan selain mereka meninggalkan perkara haram, mereka juga menjauhi perkara makruh. Mereka inilah yang dinamakan dengan golongan Assaabiquun Bil Khairaat atau Assabiquun Al Muqarrabuun.

Dan tentu saja dalam hal ini golongan yang kedua adalah lebih disukai dan darjatnya lebih tinggi disisi Allah SWT.

Maka apabila Aku telah mencintainya, adalah Aku yang menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan tangannya yang ia menampar dengannya, dan kakinya yang ia berjalan dengannya.

Maksud ungkapan diatas ialah barangsiapa yang bersungguh dalam mendekatkan dirinya kepada Allah SWT dengan amalan fardhu, kemudian diikuti pula dengan amalan nawaafil (sunat) sehingga meningkat darjatnya daripada Mukmin (Iman) kepada darjat Muhsin (Ihsan). Dia beribadat kepada Allah dengan sepenuh hati, merasa dirinya sentiasa diawasi oleh Allah seolah-olah dia dapat melihat Allah. Hatinya dipenuhi dengan ma'rifatullah (pengenalan terhadap Allah), mahabbatullah (kecintaan terhadap Allah), 'azamatullah (kebesaran Allah), mahaabatullah (kehebatan Allah), Khaufullah (rasa takut kepada Allah), Asysyauqu Ilalllah (rasa rindu terhadap Allah).

Al Fudhail Ibnu 'Iyadh berkata: Sesungguhnya Allah telah berfirman:

Adalah dusta orang yang mendakwa cinta kepada-Ku tetapi dia tidur daripada-Ku, bukankah setiap orang yang sedang dilamun cinta sangat suka kalau sentiasa berkhalwat (bersunyi-sunyi) dengan kekasihnya? "Inilah Aku yang sentiasa memerhatikan kekasih-kekasih-Ku, sungguh mereka telah jelmakan Aku dalam pandangan mereka, berdialog dengan-Ku seolah-olah mereka menyaksikan Aku, bercakap dengan-Ku seolah-olah Aku hadir dihadapan mereka. Esok akan Aku senangkan hati kamu di dalam syurga-syurga-Ku. Perasaan ini sentiasa tersemat kukuh dihati mereka sehingqa tidak ada didalam hati mereka kecuali Aku. Oleh itu tidak ada yang muncul dari anggota mereka melainkan selaras dan sesuai dengan apa yang ada di dalam hati mereka.

Jadi orang yang beginilah yang berhak mendapat kasih sayang Allah. Allah akan balas amalan mereka yang ikhlas itu dengan melimpahkan keberkatan-Nya, memimpinnya ke jalan yang selamat dan sejahtera. Maka ketika itulah Allah akan menjadi pendengarannya ketika dia mendengar, menjadi penglihatannya ketika dia melihat, menjadi tangannya ketika dia menampar, menjadi kakinya ketika dia berjalan.

Imam An Nawawy menjelaskan makna ungkapan diatas:

  1. Allah sentiasa memelihara pendengarannya, penglihatannya kakinya dan tangannya daripada gangguan Iblis.
  2. Allah selalu didalam hatinya ketika dia mendengar, melihat, menampar, berjalan. Dan kalau hatinya selalu ingat kepada Allah sudah tentu ia tidak akan menyeleweng.

Dan sesiapa yang mengertikan ungkapan diatas selain daripada makna ini maka ia termasuk kedalam golongan Hulul atau Wihdatul Wujud iaitu mendakwa bahawa Allah bersatu dengan makhluk. Fahaman ini boleh membawa kepada Kufur.

Dan sesungguhnya, jika ia meminta kepada-Ku nescaya Aku berikan kepadanya; Dan sesungguhnya, jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya akan Aku berikan perlindungan kepadanya.

Bahagian ini pula menyatakan bahawa doa dan permohonan para Wali Allah akan segera dikabulkan. Ini adalah kesan dari sikap mereka yang sentiasa mendekatkan diri kepada Allah, apakah melalui amalan wajib ataupun amalan sunat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

HADIS 7

Kaya Jiwa

عَنْ عَمْرو بْنِ عَوْفٍ اْلأَنْصَارِى رَضِى اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِلأَنْصَارِذَاتَ يَوْمٍ: أَبْشِرُوا وَأَمِّـلُوا مَايَسُرُّكُمْ ، فَوَاللهِ مَا الْفَقْرُ أَخْشَى عَلَيْكُمْ ، وَلَكِنِّى أَخْشَى أَنْ تُبْسَطَ الدُّنْيَـا عَلَيْكُمْ كَمَا بُسِطَتْ عَلَى مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ ، فَتَنَـافَسُوا كَمَا تَنَـافَسُوهَا ، فَتُهْلِكُكُمْ كَمَا أَهْلَكَتْهُمْ.

(مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ)

Dari 'Amru Bin 'Auf Al Anshary, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda kepada orang-orang Anshar pada suatu hari:

Bergembiralah kamu sekalian, nescaya kamu akan mendapati apa yang kamu inginkan; Demi Allah, bukanlah kefakiran yang lebih aku takuti (menimpa) kamu, tetapi aku takut (kalau) dunia ini dibentangkan keatas kamu (diberi kekayaan dan dimurahkan rezeki) sebagaimana dia telah dibentangkan keatas orang-orang sebelum kamu; maka kamupun berlumba-lumba (mencari) nya (dunia) sebagaimana mereka berlumba-lumba dengannya, lalu duniapun memusnahkan kamu sebagaimana dia memusnahkan mereka.

(Muttafaq 'Alaihi)

ASBABUL WURUD

Sebagaimana pada ayat Al Quran ada Asbaabunnuzul iaitu sebab-sebab mengapa sesuatu ayat atau surah diturunkan oleh Allah maka pada hadis juga ada Asbaabul Wurud iaitu sebab-sebab mengapa baginda ucapkan sesebuah hadisnya.

Para muhadditsun (pakar hadis) menceritakan bahawa Nabi saw mengutus Abu ‘Ubaidah Bin Al Jarrah (ra) ke Bahrain untuk mengambil jizyah (ufeti). Ketika itu penduduk Bahrain menganut agama Majusi (menyembah api). Abu 'Ubaidah membawa balik ke Madinah harta yang banyak. Masyarakat Madinah (Al Ansar) mendengar berita kepulangan Abu 'Ubaidah, lalu merekapun beramai-ramai menunaikan solat Subuh berjamaah bersama Rasulullah saw.

Selesai solat baginda segera pulang ke rumahnya, tetapi beliau dihalang oleh Al Ansar seolah-olah mereka ingin memberi salam tetapi bukan memberi salam. Baginda melihat mereka sambil tersenyum reda dan berkata: Aku kira kamu ada mendengar tentang kepulangan Abu 'Ubaidah dari Bahrain, yang banyak membawa harta. Mereka menjawab: Memang benar, wahai Rasulallah. Lalu Rasulullah pun bersabda: Bergembiralah kamu sekalian, nescaya kamu akan mendapati apa yang kamu inginkan

SYARAH AL HADIS:

Semoga Allah meredhai sahabat-sahabat Nabi Radhiyallahu 'Anhum: Mereka benar-benar lelaki dan pahlawan yang dididik dalam Madrasah Keimanan, Madrasah Muhammad saw. Mereka tidak dapat disibukkan oleh urusan-urusan dunia, mereka tidak dapat dilalaikan oleh perhiasan duniawi yang sementara ini.

Walaupun mereka sangat fakir dan tidak mempunyai harta, malahan sangat berhajat kepada harta; namun mereka tetap dapat mengawal diri, berjiwa tinggi, a'iffa' atau iffah (pandai menyembunyikan kemiskinan) dan bersifat mulia; Allah menceritakan bahawa diantara sifat-sifat mereka ialah:

لِلْفُقَرَاءِ الَّذِينَ أُحْصِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ لَا يَسْتَطِيعُونَ ضَرْبًا فِي الْأَرْضِ يَحْسَبُهُمُ الْجَاهِلُ أَغْنِيَاءَ مِنَ التَّعَفُّفِ تَعْرِفُهُمْ بِسِيمَاهُمْ لَا يَسْأَلُونَ النَّاسَ إِلْحَافًا وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ (273)

(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu, menyangka mereka orang kaya kerana memelihara diri dari meminta minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang lain secara mendesak, dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. (Al Baqarah: 273)

Demikianlah sifat para sahabat baginda Rasul SAW. Walaupun mereka berhajat, namun sifat malu mereka mengatasi dan menghalang mereka untuk mengemukakan apa yang mereka hajatkan, apalagi sampai mendesak orang lain supaya memberi bantuan kepada mereka. Namun demikian baginda Rasul saw dapat membaca air muka mereka ketika mereka berusaha menghadang Rasulullah yang akan memasuki rumahnya. Baginda dapat memahami tujuan mereka berbuat demikian, lalu sambil tersenyum reda, dengan tenang Rasul saw bersabda:

Bergembiralah kamu sekalian, nescaya kamu akan mendapati apa yang kamu inginkan.............

Namun demikian di dalam suasana begini baginda saw tidak lupa berpesan kepada mereka bahawa kehidupan dunia yang penuh dengan berbagai keseronokan dan perhiasan ini tidak sepatutnya dapat melekakan dan mencelakakan manusia. Mereka hendaknya mengambil dunia sekadar keperluan hidup di dunia ini saja. Mereka seharusnya lebih mementingkan faktor penyebab yang boleh membawa mereka kepada kebahagiaan yang hakiki di akhirat. Manusia tidak pernah merasa puas dan cukup terhadap harta yang dimilikinya walaupun mereka mempunyai harta yang melimpah ruah. Mereka tetap meikirkan bagaimana supaya hartanya boleh bertambah.

Rasulullah SAW. bersabda: Sekiranya anak cucu Adam memiliki dua lembah emas nescaya dia tetap masih menginginkan lembah emas yang ketiga, dan sekali-kali tidak akan penuh mulut anak cucu Adam kecuali tanah, dan Allah menerima taubat bagi orang yang bertaubat.

Barangkali inilah yang dimaksudkan oleh Allah swt:

أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ(1) حَتَّى زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ(2) كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ (3)

Memperbanyak (harta dan anak) telah melalaikan kamu, sehingga kamu masuk kubur. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu). ( Al Takaathur: 1-3)

Orang yang berakal waras sepatutnya tidak menyibukkan dirinya dengan urusan dan perkara-perkara yang remeh, lalu meninggalkan perkara yang lebih berfaedah. Sebenarnya apa saja yang ada dalam kehidupan dunia ini berupa keseronokan, syahwat, perhiasan dan lain lain bukanlah jalan untuk menuju kebahagiaan insan yang sebenarnya . Kebahagiaan yang hakiki bukanlah terletak pada istana yang megah, harta yang melimpah ruah, bukan pula pada emas dan perak serta perhiasan yang mahal mahal. Kebahagiaan yang sebenarnya adalah justeru terletak pada ketaqwaan seseorang kepada Allah, kaya jiwa, ketenteraman hati.

Rasulullah SAW. bersabda:

لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ.

Bukanlah kekayaan pada harta yang melimpah ruah, tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kaya jiwa.

Dan dengan jiwa yang kaya hidup seseorang menjadi tenang dan tenteram walaupun ia tidak memiliki harta yang banyak. Berapa banyak orang yang hidupnya sederhana, serba serbi sederhana, rumahnya, kedudukannya, gajinya, tetapi ia dapat beribadah dengan tenang, dan hubungannya dengan manusia lain juga terjalin baik dan dia tidak mempunyai banyak musuh. Sebaliknya berapa banyak pula orang yang hidupnya kelihatan serba mewah tetapi jiwanya gelisah dan kurang khushu’ ketika beribadat.

Jadi berdasarkan kenyataan diatas jelaslah bahawa kekayaan yang sebenarnya bukan terletak pada banyaknya harta tetapi sangat tergantung pada jiwa atau hati. Baik hati, pemurah, pemaaf, tidak pendendam, tidak dengki, ikhlas, dan lain lain sifat hati yang terpuji.

Kita tidak ingkari bahawa kefakiran boleh membawa kepada kekufuran. Kerana hidup yang sangat sempit, sangat susah dan ditambah pula dengan keimanan yang dangkal; boleh membawa manusia kepada kemaksiatan seperti mencuri, melacurkan diri malahan ada yang sanggup menukar agamanya.

Namun demikian, berdasarkan hadis bab diatas ternyata baginda Rasul saw tidak begitu bimbang kefakiran yang menimpa sahabat-sahabatnya, jika dibandingkan kalau mereka dilimpahkan oleh Allah harta yang banyak. Baginda khawatir peristiwa yang menimpa umat terdahulu akan berulang kembali menimpa umatnya. Iaitu setelah mereka diberi kekayaan dan kemewahan hidup, akhirnya mereka lupa kepada Allah, suruhan-Nya diabaikan dan larangan-Nya dilanggar. Akhirnya turunlah kemurkaan Allah keatas mereka. Ini sebagaimana firman Allah:

وَإِذَا أَرَدْنَا أَنْ نُهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا(16)

Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur hancurnya. (Al Israa’: 16)

Maksud ayat diatas: Bila telah hampir masanya Allah akan memusnahkan suatu negeri kerana kederhakaan penduduknya maka Allah tidak akan menurunkan azab secara tiba-tiba. Tetapi Allah akan suruh orang-orang kaya negeri itu supaya taat dan patuh kepada-Nya. Tetapi jika mereka ingkar dan derhaka terhadap perintah itu, maka barulah Allah akan turunkan bencana dan hancurkan negeri tersebut sehancur-hancurnya.

Ada pula tafsiran lain terhadap kata (Amar-naa) yang ada dalam ayat diatas. Selain mengandungi makna " Kami Perintahkan " sebagaimana tafsiran diatas, ia juga mengandungi makna "Kami perbanyakkan".

Jadi kalau ditafsirkan kata tersebut dengan makna yang kedua maka maksud ayat menjadi: Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami akan perbanyakkan jumlah orang-orang yang hidup mewah di dalam negeri itu.

Atas sebab itu, jika ditinjau dari satu sudut kita boleh bergembira kerana hari ini sungguh banyak orang yang hidup mewah di negeri kita. Tetapi kita jangan sampai lupa, bahawa ada juga kemungkinan yang kedua, barangkali itulah cara Allah hendak memusnahkan negeri ini jika kita melupakan-Nya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

HADIS 8

Kemanisan Iman

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ اْلإِيْمَـانِ: أَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يَلْقَى فِى النَّـارِ.

(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ وَغَيْرُهُمَا)

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".

(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)

MUKADDIMAH:

Iman adalah membenarkan secara putus (jazim) tanpa ragu sedikitpun dengan apa yang datang daripada Rasulullah SAW. yang diikuti dengan ketundukan hati dan ketenteraman jiwa menerima ketentuannya tanpa perasaan degil dan takabbur.

Terkadang-kadang terdapat iman yang jazim pada seseorang dan tidak ada keraguan sedikitpun terhadap kebenaran yang datang daripada Rasulullah SAW. tetapi sayangnya terkadang kadang iman tersebut diikuti oleh rasa sombong dan enggan serta tidak mahu melaksanakan apa yang diyakininya itu. Maka dalam keadaan seumpama ini, dia belum digolongkan sebagai orang yang beriman.

Juga terdapat orang yang memiliki iman yang jazim tanpa sedikitpun ada perasaan ragu, malahan dia tidak mempunyai sifat degil dan takabbur terhadap apa diyakininya. Tetapi sayangnya kita lihat orang tersebut tenggelam kedalam dunia kelalaian, dia tidak pandai menilai kadar iman sebagaimana semestinya, dia lalai untuk menunaikan kewajiban mensyukuri nikmat tersebut. Manusia seperti inilah yang dikatakan orang yang beriman atau " mukmin " yanq belum mendapatkan " kemanisan iman ".

Hadis sahih yang termaktub diatas menjelaskan kepada kita beberapa tanda orang-orang yang akan dapat merasakan kemanisan iman. Marilah kita berusaha menghias diri kita masing-masing untuk memiliki kesemua tanda-tanda tersebut semoga kita boleh hidup bahagia di dunia dan di akhirat.

SYARAH AL HADIS:

Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman.

Hadis ini mengandunqi asas-asas utama bagi semua pintu kebaikan. Kemanisan iman adalah sesuatu yang dapat dirasakan oleh mukmin yang tenteram jiwanya terhadap nikmat yang telah dianugerahkan oleh Allah kepadanya untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

Dengan kemanisan iman seseorang dapat menghadapi hidup dengan penuh ceria. Keimanannya dapat membimbing dirinya untuk menghadapi kehidupan ini walau bagaimanapun keadaan yang menimpanya. Jika sedang ditimpa kesusahan dia boleh bersabar, dan dia dapat merasakan nikmat kesabaran. Dan jika dia mendapat nikmat kesenangan maka ia pandai bersyukur, dan dia dapat merasakan nikmat kesyukuran. Dia meyakini bahawa segala yang menimpanya apakah baik atau buruk adalah telah ditentukan oleh Allah sejak azali. Oleh itu ia dengan jiwa tenang dapat menghadapi semua keadaan dengan rasa redha.

Kalaulah begitu besar nikmat yang dia dapat rasakan ketika di dunia lantaran kemanisan iman yang dimilikinya, sudah pasti lebih besar lagi nikmat yang bakal dia terima di sisi Allah kelak di akhirat.

Adalah Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selainnya.

Cinta ialah kecenderongan jiwa seseorang kepada sesuatu yang boleh memberinya kelazatan, manfaat ataupun kerana sesuatu itu sesuai dengan fitrah (tabiat) nya. Ada beberapa sebab yang boleh menimbulkan rasa cinta seseorang. Menurut Imam Al Ghazali bahawa ada 5 sebab yang mendorong perasaan cinta seseorang:

  1. Cinta manusia kepada dirinya, kewujudannya, keberkekalan dan kesempurnaannya.
  2. Cinta manusia kepada orang yang berbuat ihsan kepadanya dan orang yang boleh mendatangkan manfaat kepadanya.
  3. Cinta manusia kepada orang yang suka berbuat ihsan semata-mata kerana ihsannya. Walaupun dia sendiri tidak berhajat kepada ihsan orang tersebut.
  4. Cinta manusia kepada kecantikan dan keindahan. Keindahan yang memikat ada yang hissy (fisical) seperti keindahan warna warni bunga dan binatang, dan ada pula yang maknawy (abstrak) seperti akhlak yang luhur dan sifat mulia dari seseorang umpamanya: berilmu, cerdik, berani, adil, sabar, cekal dan lain lain.
  5. Cinta manusia kepada seseorang disebabkan kerana orang yang dicintainya itu memiliki persamaan sifat dengannya, walaupun semua sebab terdahulu atau sebahagiannya tidak wujud pada orang tersebut. Ini sesuai dengan sabda Nabi SAW.: Roh-roh adalah tentera tentera yang dipersenjatakan, maka apa yang sesuai dengannya dia akan mesra dan apa yang bercanggah dengannya dia akan berbeza.

Dan jika kita amat amati sebab sebab cinta diatas dengan cermat nescaya kita dapati kesemua sebab itu mewajibkan orang beriman yang benar-benar mengenali Tuhannya untuk mencintai Allah dengan kadar cinta yang tidak ada tolok bandingannya.

Buah atau kesan cinta seseorang kepada Allah akan menimbulkan ketaatannya kepada Allah yakni melaksanakan suruhan Nya dan menjauhi laranqan-Nya. Tetapi perlu diingat bahawa terdapat perbezaan antara taat kerana cinta (mahabbah) dengan taat kerana mengharap dan takut (rakhbah dan Rahbah).

Diriwayatkan bahawa Nabi Isa AS. pernah melalui suatu kaum yang sedang beribadah kerana takut kepada Allah atau kerana mengharap syurga, lalu Isa berkata: Sesungguhnya kamu takut kepada makhluk dan mengharap kepada makhluk. Kemudian Isa meneruskan perjalanannya dan lalu pada suatu kaum yang sedang beribadah. Mereka berkata: Kami beribadah kepada Allah kerana kami cinta kepada-Nya dan kerana ta'zim (mengagungkan)-Nya. Nabi Isa berkata: Kamu semua adalah wali-wali Allah, dan aku diperintahkan agar duduk bersama kamu.

Ini tidak bererti jika kita beribadah lalu kita tidak boleh mengharap syurga dan takut kepada kepada neraka. Itu adalah diantara sifat orang yang beriman. Ini sebagaimana firman Allah:

تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (16)

Lambung mereka jauh dari tempat tidur tidurnya (sering beribadah malam) sedang mereka berdoa pada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezki yang kami berikan kepada mereka. ( Al Sajadah / 32 : 16 )

Ayat di atas menegaskan bahawa di antara sifat orang orang yang beriman ialah mereka selalu mendirikan malam dengan beribadat sambil mengrahap akan keredaan Allah dan shurga Allah dan didorong oleh rasa takut kepada murka Allah dan siksaan neraka-Nya. Hanya saja jika " rasa cinta " yang mendorong kita untuk taat kepada Allah, maka nilai ibadah itu adalah lebih tinggi kalau dibandingkan hanya sekadar kerana takut dan harap.

Adapun cinta kepada Rasulullah SAW. adalah sebahagian daripada cinta kepada Allah. Kerana bagi kita tidak ada seorangpun yang lebih kita percayai selain orang telah dipilih oleh Allah sebagai utusan-Nya. Beliau telah diamanahkan oleh Allah untuk menyampaikan hidayah-Nya kepada umat manusia agar kita mendapat rahmat-Nya. Bagindalah orang yang paling berjasa menyelamatkan kita daripada kegelapan (kekufuran dan syirik) kepada cahaya terang benderang (Islam dan hidayah). Bagindalah yang telah membimbing kita untuk menuju kebahagian hakiki di dunia dan di akhirat.

Abdullah Bin Al Mubarak berkata:

العُلَمَـاءُ أَفْضَلُ مِنْ آبَـائِكُمْ ، قَالُوا : كَيْفَ ذَلِكَ ؟ قَالَ : آبَـاؤُكُمْ يَحْفَظُوْنَكُمْ مِنْ نَـارِ الدُّنْيَـا وَالْعُلَمَـاءُ يَحْفَظُونَكُمْ مِنْ نَـارِ اْلآخِرَةِ .

Para ‘ulama lebih utama daripada ibu bapa kamu. Mereka bertanya: Mengapa demikian (wahai tuan) ? Beliau menjawab: Ibu bapa kamu memelihara kamu dari api (kesusahan) dunia, sedangkan para ‘ulama pula memelihara kamu dari api (kesusahan) akhirat.

Demikianlah peranan dan jasa para ‘ulama yang ikhlas yang telah membimbing manusia agar memiliki akidah yang betul agar terhindar dari syirik dan khurafat, yang telah mengajar mereka cara ibadat yang betul sehingga terhindar dari perbuatan bid’ah, yang telah mengajar mereka budi pekerti yang mulia sehingga dengan demikian, mereka bukan saja terhindar daripada kesusahan di dunia tetapi juga akan terhindar daripada azab Allah yang amat pedih di akhirat. Dan kalaulah demikian peranan para ‘ulama, sudah tentu peranan Rasulullah saw jauh lebih besar dari itu kerana semua ajaran para ‘ulama bersumber daripada ajaran Rasulullah saw.

Jadi mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi daripada mencintai yang lain, maksudnya ialah kita mestilah mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi daripada kecintaan kita kepada ibu bapa, isteri, anak-anak, saudara mara, hatta terhadap diri kita sendiri. Dan selanjutnya kecintaan kita yang mendalam itulah yang mendorong kita untuk berbakti kepada Allah dan Rasul-Nya

Dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah

Cinta jenis ini juga adalah cabang dari kecintaan seseorang terhadap Allah. Seseorang jika benar-benar cinta kepada Allah, maka kesan cintanya itu akan mendorong dia untuk suka jika orang tersebut taat kepada Allah, dan sebaliknya dia akan bersedih dan berusaha menegurnya jika rakannya itu melakukan dosa.

Ini tidak bererti jika ia mencintai seseorang kerana tujuan selain itu lalu ia terkeluar daripada iman. Hanya saja sebagai bukti kemanisan iman seseorang ialah jika dia cinta kepada seseorang semata-mata kerana Allah, dan jika ia benci kepada seseorang juga adalah semata-mata kerana Allah.

Dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan kedalam api.

Mukmin yang hakiki adalah orang yang tidak ragu lagi bahawa sekiranya dia kembali melakukan amal-amal kufur (dosa) setelah ia insaf dan mendapat petunjuk Allah (taufiq) maka tidak mustahil dia akan dilemparkan kedalam api neraka di akhirat nanti. Oleh sebab itu imannya yang mendalam mencegah dia daripada mengulangi lagi dosa-dosa lampau sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api di dunia ini. Dan sebagaimana kebenciannya kalau dirinya akan dihumban ke dalam api yang bernyala-nyala, begitu jugalah darjat kebenciannya jika anaknya, ibu bapanya, isterinya dan saudara maranya akan dilemparkan kedalam api.

Adakah manusia yang melihat manusia lain, samada dia kenal atau tidak, walaupun musuhnya, yang akan terjatuh ke dalam api lalu dia biarkan tidak segera ditolongnya? Demi perasaan kemanusiaan, biasanya manusia segera akan menolongnya. Betapa kalau pendorongnya justeru keimanan?

Jadi mukmin yang hakiki bukan saja benci kalau dirinya mengulangi dosa dosa silam, malahan dia juga merasa benci kalau orang lain melakukan dosa, lebih lebih lagi terhadap mereka yang mempunyai hubungan kerabat dengannya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

HADIS 9

Teguh Pendirian Ketika Mendapat Cubaan

عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ ، إِنَّ أَمْـرَهُ كُـلَّهُ لَـهُ خَيْرٌ ، وَلَيْسَ ذَلِكَ لأَحَـدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنٍ ، إِنْ أَصَابَـتْهُ سَرَّاءٌ شَكَرَ فَكَـانَ خَيْرًا لَـهُ ، وَإِنْ أَصَابَـتْهُ ضَرَّاءٌ صَبَرَ فَكَـانَ خَيْرًا لَـهُ.

(رَوَاهُ مُسْلِمٌ)

Sungguh menakjubkan (hebat) urusan orang yang beriman; Sesungguhnya semua urusannya adalah baik belaka; Tidak seorangpun yang memiliki sifat itu kecuali orang yang beriman (iaitu) sekiranya dia mendapat kesenangan dia bersyukur, dan (sikap) demikian itu baik baginya; Dan sekiranya dia ditimpa musibah (bencana) dia dapat bersabar, dan (sikap) demikian itu juga baik baginya.

(Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim)

SYARAH AL HADIS:

Cubaan sesuai dengan kadar iman:

Sudah menjadi fitrah kehidupan dan tabiat manusia di dunia ini mengalami kesusahan dan cubaan. Adalah mustahil bagi mereka untuk menghindarkan diri daripadanya seperti kesempitan hidup, kematian orang yang di kasihi, kedegilan anak-anak, kecurangan suami, kederhakaan isteri, tekanan pihak pihak tertentu, penganiayaan, penghinaan, fitnahan, ditimpa sakit dan lain-lain lagi.

Kalaulah itu semua sudah menjadi "Sunnah Allah" (undang undang Allah) dalam kehidupan secara umum dan untuk semua manusia, maka para Rasul secara khusus adalah orang-orang yang paling banyak menghadapi cubaan dan ujian. Mereka mengajak umat ke jalan Allah, tetapi justeru mereka diperangi oleh Pendakwah Pendakwah ke jalan syaitan. Mereka ingin menegakkan kebenaran (Al Haq) tetapi justeru mereka ditentang oleh penegak-penegak kebatilan. Mereka menuntun umat kepada kebaikan, tetapi mereka selalu dihalang oleh orang-orang yang ingin membawa umat kepada kejahatan. Mereka ingin membawa kepada ma’ruf tetapi mereka ditentang oleh penyebar kemungkaran.

Begitulah gambaran corak kehidupan yang dialami oleh para rasul sebagai penegak kebenaran diatas muka bumi ini. Mata rantai pertembungan antara Haq dan Batil itu tidak akan berakhir hingga ke Hari Kiamat. Adalah sudah menjadi Sunnah Allah ; Allah menjadikan pasangan antara Adam dan Iblis, Ibrahin dan Namrud, Musa dan Fir'aun, Nabi Muhammad SAW dan Abu Jahal. Allah berfirman:

وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنْسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah untuk menipu (manusia).

(Al An'aam: 112)

Demikianlah keadaan yang dihadapi oleh para rasul. Para pendakwah dan penegak kebenaran hendaklah menyedari akan hakikat ini bahawa selagi mereka terus bergerak cergas ingin memperjuangkan kebenaran sebagaimana yang diperjuangkan oleh para rasul maka mereka mesti akan mengalami keadaan serupa sebagaimana yang pernah menimpa para rasul.

عَنْ سَعْدٍ بْنِ أَبِى وَقَّاصٍ قَالَ : قُلْتُ يَارَسُوْلَ اللهِ أَيُّ النَّاسِ أَشَدُّ بَلاَءً ؟ قَالَ : الأَنْبِيَاءُ ثُمَّ اْلأَمْثَلُ فَاْلأَمْثَلُ يُبْتَلَى الرَّجُلُ حَسْبَ دِيْـنِهِ فَـإِنْ كَانَ فِى دِيْنِهِ صَلْبًا اِشْتَدَّ بَلاَؤُهُ وَإِنْ كَانَ فِى دِيْنِهِ رِقَّـةً اِبْتَلَى عَلَى حَسْبِ دِيْنِـهِ .

Daripada Sa’id Bin Abi Waqqas, katanya : Aku bertanya Ya Rasulallah , siapakah orang yang paling banyak mendapat cubaan ? Baginda Rasul SAW. menjawab: Para Nabi, kemudian yang semisal dengan mereka (menurut kwaliti keimanan). Manusia akan dicuba sesuai dengan (kekuataan) agamanya (masing-masing), sekiranya (pegangan) agamanya kuat maka akan lebih beratlah cubaannya dan sekiranya agamanya tipis (kurang kuat pegangan agamanya) maka Allah akan mencuba manusia sesuai dengan (kadar) agamanya. (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi. Menurut Tarmizi: Hadis Hasan Sahih)

Orang yang cepat panik:

Kenyataan seharian menunjukkan bahawa orang-orang yang paling lekas panik jika ditimpa cubaan adalah orang yang tidak beragama, orang yang ragu-ragu, tidak mempunyai pendirian dan tidak mantap keimanannya terhadap Allah dan Hari Pembalasan. Allah telah menggambarkan manusia jenis ini dalam Al Quran di dalam firman-Nya , anataranya :

وَلَئِنْ أَذَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنَّا رَحْمَةً ثُمَّ نَزَعْنَاهَا مِنْهُ إِنَّهُ لَيَئُوسٌ كَفُورٌ (9)

Dan jika kami rasakan kepada mereka suatu rahmat (nikmat) dari Kami, kemudian rahmat itu Kami cabut daripadanya, pastilah dia menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih. (Hud: 9)

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَعْبُدُ اللَّهَ عَلَى حَرْفٍ فَإِنْ أَصَابَهُ خَيْرٌ اطْمَأَنَّ بِهِ وَإِنْ أَصَابَتْهُ فِتْنَةٌ انْقَلَبَ عَلَى وَجْهِهِ خَسِرَ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةَ ذَلِكَ هُوَ الْخُسْرَانُ الْمُبِينُ (11)

Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada ditepi (tidak dengan penuh keyakinan); maka jika ia memperoleh kebajikan, maka tetaplah ia dalam keadaan itu (tenang), dan jika ia ditimpa oleh suatu bencana, maka berbaliklah ia kebelakang (kembali kafir lagi). Rugilah ia di dunia dan di akhirat. Yang demikian itu adalah kerugian yang nyata (Al Hajj: 11)

Mengapa keadaan mereka demikian? Kerana mereka tidak percaya kepada Allah, yang dengannya dapat menenteramkan jiwa kerana semua perbuatan Allah mengandunqi hikmah; mereka tidak percaya pada Takdir, yang dengannya mereka boleh reda menghadapi semua keadaan yang menimpa; mereka tidak beriman kepada para Rasulullah saw, yang dengannya mereka dapat mengambil teladan dan pengajaran; mereka tidak beriman kepada Hari Akhirat, yang dengannya boleh mendorong mereka untuk tabah disini demi ganjaran yang lebih besar dialam sana.

Kehidupan manusia yang mempunyai ciri ciri diatas tidak ubahnya bagaikan kapal tanpa kemudi. Terombang ambing dilanda ombak tanpa arah, tak tahu kemana hendak dituju. Sebagaimana kemungkinan besar kapal tersebut akan pecah dan tenggelam, begitulah nasib yang bakaI diterima oleh mereka yang tidak beriman.

Beberapa faktor mengapa orang beriman dapat bersikap tabah:

Adapun orang-orang yang beriman, mereka adalah orang-orang yang paling tabah dalam menghadapi berbagai cubaan. Ada beberapa faktor yang menyebabkan orang-orang yanq beriman dapat bersikap tabah, cekal dan teguh pendirian ketika ditimpa bencana, antaranya ialah:

Mereka yakin bahawa bencana yang menimpa adalah telah termaktub sejak azali di Luh Mahfuz.

مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنْفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِنْ قَبْلِ  أَنْ نَبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ (22)

Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami menciptanya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Al Hadid: 22).

Mereka sungguh yakin bahawa bencana yang menimpa dalam urusan dunianya adalah lebih baik jika dibandingkan bencana yang menimpa dalam urusan agamanya.

Atas sebab itulah maka Nabi Yusuf ketika diberi pilihan apakah mendapat bencana duniawi iaitu dipenjara, ataukah mendapat bencana pada agamanya iaitu memperturut nafsu wanita yakni berzina, maka Nabi Yusuf AS lebih memilih bencana duniawi iaitu dipenjara daripada bencana yang menimpa agamanya. Allah mengisahkan di dalam Al Quran:

قَالَ رَبِّ السِّجْنُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِمَّا يَدْعُونَنِي إِلَيْهِ وَإِلَّا تَصْرِفْ عَنِّي  كَيْدَهُنَّ أَصْبُ إِلَيْهِنَّ وَأَكُنْ مِنَ الْجَاهِلِينَ (33)

Yusuf berkata: " Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku ". Dan jika tidak Engkau hindarkan daripadaku tipu daya mereka, tentu akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang orang yang bodoh. (Yusuf: 33)

Dan atas sebab inilah maka., Nabi SAW telah mengajar umatnya supaya berdoa:

اَللَّهُمَّ لاَ تَجْعَلْ مُصِيْبَتَنَا فِى دِيْنِنَا ، وَلاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَاوَلاَ مَبْلَغَ عِلْمِنَا

Ertinya: Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan bencana (menimpa) pada agama kami, dan janganlah Engkau jadikan dunia ini menjadi keutamaan kami dan sebagai batasan bagi ilmu kami. (Hadis Riwayat Tarmidzi dan Al Hakim)

 Allah-berjanji akan senantiasa bersama dan membantu orang-orang yang sabar. Firman-Nya:

إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

"Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar". (Al Baqarah / 2: 153)

Mereka yakin bahawa bencana yang menimpanya itu adalah pertanda kasih sayang Allah kepadanya. Nabi bersabda:

إِنَّ أَعْظَمَ الْجَزَاءِ مَعَ عَظْمِ الْبَلاَءِ ، وَإِنَّ اللهَ تَعَالَى إِذَا أَحَبَّ قَوْمًـا ابْتَلاَهُمْ ،  فَمَنْ رَضِىَ فَـلَهُ الرِّضَا ، وَمَنْ سَخَطَ فَـلَهُ السَّخْطِ .

" Sesungguhnnya besar ganjaran berdasarkan besarnya cubaan, dan sesungguhnya Allah swt jika Dia mengasihi suatu kaum lalu Dia timpakan bencana pada mereka, oleh sebab itu siapa yang reda maka untuknya keredaan Allah, dan siapa murka maka untuknya kemurkaan Allah ". (HR Tarmizi dan Ibnu Majah)

Allah menyediakan ganjaran yang amat besar (tanpa batas) untuk orang-orang yang sabar. Allah berfirman :

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ (10)

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas". (Az Zumar: 10)

Setiap bencana yang menimpanya walaupun bencana yang kecil maka Allah SWT akan menghapuskan dosa dosanya.

Sabda Nabi SAW.:

مَايُصِيْبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلاَ وَصَبٍ وَلاَ هَمٍّ وَلاَ حَزَنٍ وَلاَ أَذًى وَلاَ غَمٍّ ، حَتَّى الشَّوْكَـةُ يُشَاكُهَا إِلاَّ كَفَّرَ اللهُ بِهَا مِنْ خَطَايَـاهُ.

"Tidaklah sesuatu yang menimpa Muslim, samada rasa penat, sakit, sedih, gundah, ganngguan, gelisah, sehingga ditusuk duripun, melainkan Allah tutupi dengannya kesalahan kesalahannya". (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pernah seorang yang saleh tersandung kakinya dengan sesuatu yang tajam. Dia tidak merintih dan mengeluh kesakitan malahan sebaliknya dia tersenyum dan istirja' (Inna Lillah Wa Innaa Ilaihi Raji'uun). Lalu kepadanya ditanya: Tuan tesandung sesuatu yanq menyakitkan, mengapa Tuan tidak merintih? Orang saleh itu menjawab: Sesungguhnya kemanisan ganjarannya telah membuat aku lupa kepada kesakitannya.

 

 

 

 

 

HADIS 10

Cara Syaitan Menyesatkan Manusia

قَالً رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِى مِنِ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ.

(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ)

Sabda Nabi SAW.: Sesungguhnya syaitan berjalan dalam tubuh manusia sebagaimana perjalanan darah. (HR. Bukhari dan Muslim)

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةٌ ، إِذَا صََلُحَتْ صَلُحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ.

(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ)

Sabda Nabi SAW.: Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika dia rosak maka akan rosaklah seluruh tubuhnya, ketahuilah bahawa dialah HATI. (HR. Bukhari dan Muslim)

SYARAH AL HADIS:

Al Hafisz Ibnu Hajar Al 'Asqalaany berkata: Hadis diatas (no.1) boleh diertikan bahawa syaitan berjalan di dalam tubuh manusia secara zahir kerana Allah mampu berbuat demikian. Dan boleh juga jika diertikan secara kiasan kerana syaitan senantiasa ingin berdampingan dengan manusia. Mereka tidak mahu berpisah dari manusia sebagaimana kedudukan dan peranan darah. Jadi syaitan disamakan dengan darah kerana hubungan kedua-duanya yang sangat rapat dengan manusia.

Ibnu Abbas berkata: Syaitan akan menyelinap ke dalam hati manusia jika dia sedang lupa, lalai dan was-was. Tetapi jika ia ingat kepada Allah maka syaitan pun akan pergi.

Dari keterangan diatas jelaslah bahawa syaitan dapat menyelinap kedalam tubuh manusia. Oleh itu, dia pilih "hati" sebagai markasnya kerana peranan hati sangat menentukan pergerakan manusia. Segala gerak-gerik anggota manusia adalah atas arahan hatinya. Jika "iman" seseorang menguasai hatinya maka ia akan menjadi manusia yang baik. Tetapi jika sebaliknya "syaitan" yang menguasainya maka ia akan menjadi manusia yang jahat.

Atas sebab itulah maka Rasul bersabda: Sesungguhnya dalam tubuh manusia ada seketul daging. Jika dia baik maka akan baiklah seluruh tubuhnya. Dan jika dia rosak maka akan rosaklah seluruh tubuhnya, ketahuilah bahawa dialah hati.

Syaitan adalah musuh kita yang paling utama. Dialah punca segala bentuk kerusakan dan kejahatan diatas muka bumi ini. Oleh itu kita wajib membentengi hati kita denqan Iman atau Akidah yanq kukuh lagi mantap berdasarkan Al Quran dan Hadis Nabi yanq sahih. Dan selain itu kerana syaitan sangat pakar dalam menipu, maka kita juga perlu mengetahui bagaimana cara syaitan menyesatkan umat manusia.

Semoga dengan banyak mengetahui bagaimana cara dia menyesatkan manusia maka kita akan selalu waspada terhadap tipu muslihatnya.

CARA SYAITAN MENGGODA MANUSIA:

Menghiasi kebatilan.

Kebatilan biasanya berupa dalam gambaran yang buruk lagi, menjijikkan. Oleh sebab itu syaitan sentiasa berusaha menutup keburukan itu supaya kelihatan indah dan menarik.

قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ (39)

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya". (Al Hijr: 39)

Diantara contohnya: Menyanjung Nabi secara berlebihan dikatakan sebagai tanda cinta kepadanya, menambah amalan yang tidak warid (datanq) dari Nabi dikatakan akan lebih afdal ganjarannya, bertawassul dengan para wali yang telah wafat supaya doanya lekas makbul, meninggalkan amal ma'ruf nabi mungkar demi menjalin persaudaraan, dan lain-lain.

Menamakan ma'siat denqan istilah yanq menarik :

قَالَ يَاآدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَى شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَا يَبْلَى (120)

Berkata Iblis: " Hai Adam, mahukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi (pohon kekekalan) dan kerajaan yang tidak akan binasa?" (Thaaha / 20: 120)

Oleh itu jangan hairan kalau pengikut-pengikut syaitan dari kalangan manusia menamakan arak dengan minuman suci, riba dinamakan bunga atau faedah, pergaulan bebas dikatakan sebagai kemajuan atau moden, dan sebagainya.

Menamakan ketaatan dengan'istilah yang menakutkan:

Musyrikin Mekah berkata kepada Nabi Muhammad saw ketika beliau mengajak mereka beriman:

أَنُؤْمِنُ كَمَا ءَامَنَ السُّفَهَاءُ

"Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang bodoh itu beriman"? (Al Baqarah 13)

Didalam ayat diatas mereka menggelarkan sahabat-sahabat yang beriman kepada Nabi saw sebagai orang-orang yang bodoh. Mereka juga menggelar Nabi SAW sebagai tukang sihir, penyair gila dan pembawa ajaran sesat dan lain lain lagi.

Oleh itu jangan hairan kalau pada hari ini kita mendengar bermacam macam istilah seperti Kaum Muda, Golongan Pelampau, Dakwah Kontraversi dan lain lain dilontarkan kepada pejuang-pejuang kebenaran yang ingin menegakkan Al Quran dan Sunnah Nabi saw. Sebagaimana mereka lontarkan istilah "mundur" kepada orang yang ingin menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran agamanya.

Demikianlah halnya kalau hati telah dikuasai oleh syaitan maka segala-galanya akan menjadi terbalik. Maka Hidayah akan dikatakan Dhalalah (sesat), yang sesat dikatakan petunjuk. Yang Sunnah dikatakan bid’ah, dan bid'ah dikatakan Sunnah. Yang hak dikatakan batil dan yang batil akan dikatakan hak. Ukuran kebenaran bagi mereka adalah nafsu bukan lagi Al Quran dan Sunnah Nabi.

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ (الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا (59)

Hai orang orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-(Nya) dan Ulil Amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (An Nisa’ / 4: 59)

Dia menggoda melalui kegemaran seseorang:

Syaitan menggoda seseorang melalui perkara yang paling digemari oleh orang itu. Syaitan dapat membaca kegemaran Nabi Adam iaitu agar hidup kekal dalam syurga. Oleh itu dia goda Nabi Adam mealui buah khuldi (buah kekekalan).

Adalah menjadi kegemaran manusia iaitu kuasa, takhta dan wanita. Oleh itu sungguh banyak manusia yang kecundang melalui saluran tersebut. Begitu juga dengan kegemaran bola sepak, golf, sepak takraw, badminton. Berapa banyak mereka yang mempunyai gegemaran ini akhirnya terlibat dengan judi rasywah dan meninggalkan solat?

Menggoda secara berangsur-angsur:

Syaitan tidak berkata: Hai manusia buatlah dosa itu dan ini! Tetapi caranya ialah dengan bertahap-tahap. Mula-mula memandang, kemudian tersenyum, lalu berteguran, kemudian berjanji, selanjutnya bertemu, dan akhirnya melakukan dosa. Allah berfirman:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ وَمَنْ يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ

"Hai orang-orang yanq beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar". (An Nuur / 24: 21)

Barangsiapa yang memahami kaedah " Saddudz Dzaraai " akan jelaslah baginya mengapa Islam melarang berkhalwat denqan wanita ajnabi (bukan mahram), membuat patung dan sebagainya.

Menghalang manusia mengikutl kebenaran:

Syaitan telah berjanji dihadapan Allah akan berusaha menyesatkan umat manusia kecuall orang-orang yang ikhlas.

قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ (16) ثُمَّ لَآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ (17)

" Iblis menjawab: Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat) ". (Al A'raaf / 7: 16 -17)

Maksud: " Saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus ". Menurut Imam Al Qurthuby: Iaitu menghalang-halangi mereka agar jangan mengikuti jalan yang lurus. Dihiasinya kebatilan sehingga kelihatan indah dan menarik. Akhirnya mereka musnah sebagaimana dia musnah. Sedangkan maksud " Jalan yang lurus " ialah jalan boleh menyampaikan manusia ke syurga.

Menurut Al Hakam Bin 'Utaibah: " Dari hadapan mereka " ertinya dari dunia mereka, " Dari belakang mereka " ertinya dari akhirat mereka, " Dari kanan mereka " ertinya dari kebaikan mereka. " Dari kiri mereka " ertinya dari kejahatan mereka.

Menyamar sebagai penasihat:

Syaitan tidak mendatangi manusia sambil menyuruh: " Lakukanlah dosa ini, dosa itu supaya kamu nanti diseksa ". Tetapi biasanya syaitan datang menyamar sebagai penasihat.

وَقَاسَمَهُمَا إِنِّي لَكُمَا لَمِنَ النَّاصِحِينَ (21)

" Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya: " Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi nasihat kepada kamu berdua ". (Al (Araaf / 7: 21)

Allah mengingatkan kita supaya jangan terpedaya dengan nasihat manis syaitan itu:

يَابَنِي ءَادَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ

"Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga". (Al 'Araaf / 7: 27)

Diriwayatkaan dari sebahagian ulama salaf: "Jika kamu diganggu syaitan dalam solatmu dan dia berkata: Ada orang yang sedang memperhatikan solatmu oleh itu perelokkanlah solatmu. Maka orang itu tidak akan selamat kecuali dengan menolak rayuan syaitan itu, walaupun pada zahirnya seperti nasihat untuk manusia".